Skip to main content

Tutorial asas menggunakan flash (strobist)

Rasanya belum layak lagi diri ini nak menuliskan tutorial berkaitan fotografi apatah lagi mendalam seperti strobist. Tapi apa yang ingin saya kongsikan adalah berkaitan dengan pemahaman mudah berkaitan kesan penggunaan flash/lampu tambahan terhadap subjek. 

Klik pada gambar di atas dan boleh mengunakan simulator yang di sediakan secara digital. Dari sini kita boleh faham dan tahu kesan dan fungsi flash/lampu tambahan dalam fotografi. Pada saya simulator ini amat membantu. 

Sebenarnya banyak lagi simulator yang telah di cipta bagi memudahkan proses pembelajaran secara online tidak kiralah berkaitan fotografi atau pun tidak. 

Tak lupa juga saya ingin kongsikan ebook percuma berkaitan tutorial strobist tulisan azizanaziz.com yang juga merupakan antara pakar strobist di Malaysia. Kalau nak belajar lebih lagi boleh juga join kelas yang di anjurkan oleh En. Azizan abd Aziz di serata Malaysia. 

Saya juga ingin terus belajar berkaitan strobist ini. Insyallah satu hari nanti saya ingin membuka studio putih di rumah sendiri. Biasanya saya cuma gunakan 1 atau 2 flash sahaja untuk strobist di luar. 


Antara gambar yang menggunakan 2 flash dari koleksi saya sendiri. Kalau berminat nak tengok lagi koleksi gambar perkahwinan di cmratu.com.

Comments

Popular posts from this blog

PJM - Pingat Jasa Masyarakat

Tumpang gembira, semalam 11 Julai 2011 ayah saya, Mohd Rosli Bin Mohd Diah telah dikurniakan / dianugerahkan Pingat Jasa Masyarakat (PJM) oleh TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG, TUN DATO' SERI UTAMA (DR) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS sempena hari jadi yang ke-73 (9 Julai 2011). Walaupun tidak membawa apa-apa gelaran tapi saya yakin ayah saya gembira dengan penghormatan yang diberikan setelah lebih 30tahun melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Semoga penganugerahan ini menaikkan lagi semangat beliau untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.  Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. (Gambar dari Buku Istiadat Penganugerahan) Hehe tapi ayah saya dah dapat gelaran datuk tahun lepas 31 Oktober 2010 sempena kelahiran cucu sulung beliau Damia Maisarah binti Mohd Muktasim. Gambar-gambar di bawah ini dirakam oleh Nurulhuda kerana saya kerja sebelah pagi.  Saya pula tak pernah nak mimpi semua ni sebab memang tak ada berbakti untuk sesiapa pun, mengaja...

Wordless Wednesday #2

P14G PALING SEMPOI, MESTI CUBA Website :  http://cmratu.com/ Flickr :  http://www.flickr .com/photos/cmratu TOYOTA ROAD SHOW HOTLINK VOTE BLOGGER

Update - Majlis Bertandang Johan & Farah AF2

Lagi update untuk hari ini.. Pelamin -  SOFI BRIDAL OP -  MyStepped Production Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas Patung perempuan untuk kek majlis ini memakai tudung Kompang - dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PSSCM-CPP) En. Aziz Desa, Juruacara majlis hari ini Bacaan doa oleh Cikgu Ismail Sofi - Pemilik Sofi Bridal bersama pengantin (banyak kamera, mata semua ke lain, minta maaf ) -  Teaser : Johan dan Farah AF2 NANTIKAN LAGI UPDATE AKAN DATANG Website :  http://cmratu.com/ Flickr :  http://www.flickr .com/photos/cmratu Tune Talk promosi mesti try tengok Iphone 4 paling murah di pasaran