Skip to main content

Tutorial cara mudah merekabentuk timeline facebook

Ini yang nak kongsi dengan rakan-rakan. Facebook sebagai laman web no.1 di Malaysia yang paling ramai pengunjung setiap hari hingga mengalahkan google.com sudah pasti fenomena baru timeline facebook menjadi perhatian semua. Sebelum ini facebook ada menyatakan timeline akan di aktifkan secara auto selepas 23hb Disember 2011 bagi setiap penggunanya. Tetapi hingga sekarang masih ramai yang tidak bertukar kepada timeline dan tidak ada perubahan auto seperti mana yang dinyatakan sebelum ini. Yang tak minat nak guna timeline boleh tengok tutorial cara buang timeline facebook. Tapi jangan marah-marah ok.

Jadi kali ini saya nak kongsikan infomasi dari seorang top blogger Malaysia amanz.my mengenai cara menjadikan facebook timeline lebih menarik dan kreatif.



Penerangan dalam bentuk penulisan

Untuk tutorial ini, anda perlu menggunakan Adobe Photoshop CS5 (atau GIMP). Saya cadangkan anda menggunakan Adobe Photoshop CS3 dan ke atas. Sedikit pengetahuan ke atas perisian Adobe Photoshop (atau GIMP) diperlukan kerana ianya mungkin agak sukar bagi mereka yang pertama kali menggunakan perisian ini.

Sebagai memudahkan anda, tutorial ini dibahagikan kepada 3 bahagian. Untuk bahagian pertama, ianya untuk bahagian cover, diikuti dengan bahagian gambar profil (profile picture) dan bahagian ketiga untuk proses penamat.
Bahagian 1 : Cover

Pada ruangan Layer, sila buka group Edit Here > Cover. Seterusnya, masukkan gambar yang anda mahu gunakan untuk cover pada bahagian tersebut. Sila rujuk pada gambar dibawah.

Tips : Anda perlu melakukan drag untuk mengubah lokasi layer.



Bahagian 2 : Gambar Profail

Sama seperti langkah untuk membuat cover, anda perlu membuka group Edit Here > Profile Pic. Seterusnya, masukkan gambar yang anda mahu gunakan untuk digunakan pada bahagian tersebut.



Bahagian 3 : Proses Penamat

Sebaik sahaja berpuas hati, anda perlu mengasingkan bahagian cover dan gambar profil. Caranya, pilih Rectangular Marquee Tool dan pilih bahagian cover seperti gambar dibawah. Sila pastikan anda mengikut garisan panduan yang telah disediakan dan berada pada bahagian Edit Here > Cover (Rujuk Bahagian 1).


Anda perlu melakukan salinan pada gambar tersebut dengan menggunakan kekunci CTRL + C atau ke bahagian menu, Edit > Copy. Seterusnya anda perlu membuka template baru dengan menggunakan kekunci CTRL + N atau ke bahagian menu, File > New. Pastikan saiz template tersebut adalah 851px X 314 px dan masukkan gambar yang anda telah salin itu disana dengan menggunakan kekunci CTRL + V. Simpan gambar tersebut ke dalam komputer anda.

Untuk bahagian gambar profil, lakukan cara yang sama seperti langkah diatas. Anda juga boleh mengendahkan langkah ini jika gambar yang anda mahu gunakan tidak melibatkan bahagian cover. Ini kerana, untuk memuat naik gambar profail pada Facebook, anda tidak dibenarkan memuat naik gambar yang bersaiz 125 X 125. Minimum saiz yang dibenarkan adalah 180 X 180. Jadi untuk gambar profail membesarkan sedikit gambar yang telah disalin itu. Tetapi harus diingat, cara ini mungkin akan mengakibatkan gambar yang terhasil kelihatan kabur.
Fail Rujukan

Untuk memudahkan pengguna, anda boleh memuat-turun fail PSD untuk tutorial dan tips ini.

Ditulis oleh Arif Ishak untuk Amanz. Ikuti beliau di Twitter melalui @Piratz ataupun melalui blog beliau di MrPiratz.com

Sumber video
Sumber artikel

Lepas ini semua boleh la update timeline yang hebat-hebat. Saya pun tak ada idea lagi ni. Kena fokus siapkan custom album pelanggan. jom tengok contoh custom album yang lama-lama. Sekolah pun dah nak mula minggu hadapan.

Comments

Popular posts from this blog

PJM - Pingat Jasa Masyarakat

Tumpang gembira, semalam 11 Julai 2011 ayah saya, Mohd Rosli Bin Mohd Diah telah dikurniakan / dianugerahkan Pingat Jasa Masyarakat (PJM) oleh TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG, TUN DATO' SERI UTAMA (DR) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS sempena hari jadi yang ke-73 (9 Julai 2011). Walaupun tidak membawa apa-apa gelaran tapi saya yakin ayah saya gembira dengan penghormatan yang diberikan setelah lebih 30tahun melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Semoga penganugerahan ini menaikkan lagi semangat beliau untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.  Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. (Gambar dari Buku Istiadat Penganugerahan) Hehe tapi ayah saya dah dapat gelaran datuk tahun lepas 31 Oktober 2010 sempena kelahiran cucu sulung beliau Damia Maisarah binti Mohd Muktasim. Gambar-gambar di bawah ini dirakam oleh Nurulhuda kerana saya kerja sebelah pagi.  Saya pula tak pernah nak mimpi semua ni sebab memang tak ada berbakti untuk sesiapa pun, mengaja...

Jawatan Kosong : Kerja Mudah Pendapatan Lumayan

Klik pada gambar di atas untuk paparan lebih jelas. Jom la kita pakat-pakat mohon, kelulusan serta-merta ni. Tak payah bawa sijil apa pun. Insyallah saya nak jawatan ni. Nak menang hadiah? Jangan marah ya, saya jumpa dalam facebook banda baik ini dan di minta supaya kongsikan. Moga ada keinsafan dalam diri kita.  

Undang-undang Pengakap

Sebelum ni ada saya update mengenai Logo Pengakap Malaysia , Logo Pengakap Dunia dan  Persetiaan Pengakap . Isi ke tiga dalam persetiaan pengakap adalah menurut undang-undang pengakap. Ini ringkasan undang-undang pengakap yang juga boleh dijadikan lagu. Dipercayai  Taat Berguna Bersaudara Berbudi Kasihkan Binatang Menurut Perintah Tabah Hati Berjimat Suci Fikiran, Suci Perkataan dan Suci Perbuatan. UNDANG-UNDANG PENGAKAP Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya ( Dipercayai ) Pengakap adalah seorang yang taat kepada yang Dipertuan Agong serta Raja-Raja dan kepada pemimpin-pemimpin pengakap, ibubapa, majikannya dan orang-orang bawahannya ( Taat ) Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa ( Berguna ) Pengakap adalah bersahabat kepada sekelian orang dan bersaudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agama sekalipun ( Bersaudara ) Pengakap adalah baik dan sempurna budi pekertinya...