Skip to main content

Majalah Lensa Malaya vol.1 (Disember 2011) Percuma versi Ebook

Pertama sekali saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada penaung utama lensa malaya ( kerana kerja murni ini. Saya dah pun download dan membaca isi kandungan Majalah Lensa Malaya vol.1 versi ebook ini. Sangat berpuas hati dengan penulisan bahasa melayu yang mudah difahami. Inilah yang kita harapkan dari jurugambar-jurugambar sinior yang berada di negara ini untuk terus berkongsi maklumat dengan kami yang baru dalam dunia fotografi ini.


Ebook ini juga ada versi khas bagi penggunan tablet seperti Ipad, Galaxy tab dan sebagainya. Memang menarik usaha murni yang di tunjukkan. Jadi bagaimana caranya untuk mendapatkan ebook ini secara percuma? mudah sahaja, bagi yang belum mendaftarkan diri dengan lensa malaya boleh berbuat demikian. Saya pun dah lama sangat tak masuk laman web lensa malaya ni. Saya telah daftar di lensa malaya pada Ogos 2009. Jadi setelah selesai mendaftarkan diri boleh klik link ini untuk muat turun ebook http://lensamalaya.com/downloads.php?do=cat&id=1. 


Juga yang menarik dalam isu kali ini adalah Tips foto kembara hitam putih penulisan Saiful Nang dan  kisah jurugambar wanita The Photolicious Team. Jadi saya rasakan perlu untuk setiap peminat fotografi di Malaysia ini membaca isu pertama Majalah Lensa Malaya versi ebook ini. Benda percuma tak rugi 1 sen pun. Sebarkan juga pada rakan-rakan. Benda baik begini yang perlu kita kogsikan. 


Comments

Popular posts from this blog

PJM - Pingat Jasa Masyarakat

Tumpang gembira, semalam 11 Julai 2011 ayah saya, Mohd Rosli Bin Mohd Diah telah dikurniakan / dianugerahkan Pingat Jasa Masyarakat (PJM) oleh TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG, TUN DATO' SERI UTAMA (DR) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS sempena hari jadi yang ke-73 (9 Julai 2011). Walaupun tidak membawa apa-apa gelaran tapi saya yakin ayah saya gembira dengan penghormatan yang diberikan setelah lebih 30tahun melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Semoga penganugerahan ini menaikkan lagi semangat beliau untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.  Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. (Gambar dari Buku Istiadat Penganugerahan) Hehe tapi ayah saya dah dapat gelaran datuk tahun lepas 31 Oktober 2010 sempena kelahiran cucu sulung beliau Damia Maisarah binti Mohd Muktasim. Gambar-gambar di bawah ini dirakam oleh Nurulhuda kerana saya kerja sebelah pagi.  Saya pula tak pernah nak mimpi semua ni sebab memang tak ada berbakti untuk sesiapa pun, mengaja...

Wordless Wednesday #2

P14G PALING SEMPOI, MESTI CUBA Website :  http://cmratu.com/ Flickr :  http://www.flickr .com/photos/cmratu TOYOTA ROAD SHOW HOTLINK VOTE BLOGGER

Update - Majlis Bertandang Johan & Farah AF2

Lagi update untuk hari ini.. Pelamin -  SOFI BRIDAL OP -  MyStepped Production Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas Patung perempuan untuk kek majlis ini memakai tudung Kompang - dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PSSCM-CPP) En. Aziz Desa, Juruacara majlis hari ini Bacaan doa oleh Cikgu Ismail Sofi - Pemilik Sofi Bridal bersama pengantin (banyak kamera, mata semua ke lain, minta maaf ) -  Teaser : Johan dan Farah AF2 NANTIKAN LAGI UPDATE AKAN DATANG Website :  http://cmratu.com/ Flickr :  http://www.flickr .com/photos/cmratu Tune Talk promosi mesti try tengok Iphone 4 paling murah di pasaran