Skip to main content

Header Banner baru Dunia CMRatu

Hari ini baru dapat gambar yang best untuk edit header banner yang baru. Thanks sekali lagi kepada Photo village studio kerana sudi ambilkan gambar saya dan keluarga. Cantik sangat gambar ni. Terus saya jadikan Header Banner, Profile Picture FB dan Desktop Background Laptop. 


Rasanya lama la header benner kali ni. Tengok keadaan hingga jumpa banner yang lebih sesuai atau lebih cantik. Template pun dah tak rasa nak tukar sebab nampak dah mesra Nuffnang. Walaupun tak pernah mendapat kampen CPM dari nuffnang, tetapi dah ada banyak peningkatan pada iklan CPC (dah boleh keluar duit tapi rasa nak tinggal biar banyak lagi baru ada rasa). Jadi saya buat keputusan untuk terus setia dengan nuffnang. (ayat pujuk nak dapat kampen CPM, dah 6 bulan setia dengan nuffnang

Pageview bagi bulan November berlaku penurunan. Tetapi masih dalam target 20K. Saya tak yakin untuk naikkan target, kerana bulan Disember ini saya akan sibuk dengan tugasan PJJ, jurugambar perkahwinan dan juga urusan sekolah. Jadi untuk bulan ini juga saya akan cuba kekalkan target 20K pageview sebulan.


Penurunan mendadak ranking alexa walaupun ada peningkatan trafik membuatkan saya sedikit kecewa. Tak tahu kenapa. Mungkin disebabkan trafik dari busuk.org tidak di ambil kira oleh alexa. Tak tahu bagai mana alexa membuat penilaian. Jadi saya buat keputusan untuk abaikan ranking alexa baut masa ini dan terus blogging seperti biasa. 

Comments

Popular posts from this blog

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka. 1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke? -Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah 2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang. -Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..." 3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos. -Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntuta...

PJM - Pingat Jasa Masyarakat

Tumpang gembira, semalam 11 Julai 2011 ayah saya, Mohd Rosli Bin Mohd Diah telah dikurniakan / dianugerahkan Pingat Jasa Masyarakat (PJM) oleh TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG, TUN DATO' SERI UTAMA (DR) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS sempena hari jadi yang ke-73 (9 Julai 2011). Walaupun tidak membawa apa-apa gelaran tapi saya yakin ayah saya gembira dengan penghormatan yang diberikan setelah lebih 30tahun melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Semoga penganugerahan ini menaikkan lagi semangat beliau untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.  Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. (Gambar dari Buku Istiadat Penganugerahan) Hehe tapi ayah saya dah dapat gelaran datuk tahun lepas 31 Oktober 2010 sempena kelahiran cucu sulung beliau Damia Maisarah binti Mohd Muktasim. Gambar-gambar di bawah ini dirakam oleh Nurulhuda kerana saya kerja sebelah pagi.  Saya pula tak pernah nak mimpi semua ni sebab memang tak ada berbakti untuk sesiapa pun, mengaja...

Muaz Faris dan Google Adsense

Memandangkan saya juga merupakan pengguna google adsense jadi saya rasa saya sangat berminat untuk mendapatkan buku ini. Kalau tak dapat dari giveaway ni pun saya akan pergi cari di popular atau MPH. Tapi kalau dapat dari Muaz Faris lagi bagus la.  Walaupun saya tidak pernah cash out duit dari google adsense tetapi saya yakin ianya bakal berlaku dalam tahun hadapan, 100USD = rm300.00 ++ insyallah saya juga boleh seperti orang lain. Mungkin tak banyak tapi biar kecil asalkan berhasil. Yang lain nak join tak giveaway ni? kalau sempat la kan sebab hari ini merupakan hari terakhir. “ Giveaway Buku Google Adsense adalah anjuran Muaz Faris . Jemput follow Twitter @muazfaris untuk perkembangan terkini.”