Skip to main content

Gambar-gambar terbaik 2011

Sehari sahaja lagi kita akan melangkah ke tahun baru 2012. Apa yang menjadi perhatian 2012? antaranya SBPA 2012, PRU 13 dan Dunia Kiamat. SBPA dah pun dijelaskan oleh JPA dan masih ada yang perlukan perbincangan bersama cuepacs manakala PRU 13 masih terus menjadi tanda tanya dan yang pastinya selepas bulan Februari 2012. Berkaitan dengan Dunia Kiamat pula, wajib umat islam beriman padanya, iaitu percaya ianya pasti berkalu tetapi tidak boleh kita membuat sebarang ramalan dan mempercayai ramalan tersebut. 

Melalut la pula dari tajuk asal. Sebenarnya saya dah pun senaraikan gambar-gambar terbaik pada kaca mata saya dari setiap majlis perkahwinan, pra perkahwinan dan pasca perkahwinan. yang pernah saya dapatkan sepanjang 2011. Tetapi masih belum memilih 10 yang terbaik darinya. Insyallah saya akan pilih malam ini. Saya juga akan senaraikan 5 gambar bukan berkaitan perkahwinan terbaik untuk tahun ini. Moga-moga saya akan menjadi jurugambar perkahwinan yang lebih baik.

10 Disember 2011

4 Disember 2011
22 November 2011
20 November 2011
12 November 2011
9 Oktober 2011
1 Oktober 2011
24 September 2011
18 Julai 2011
26 Jun 2011
12 Jun 2011
9 Jun 2011
29 May 2011
20 May 2011 (Tag Along Deelapena)
8 Mei 2011
30 April 2011
23 April 2011 (Tag Along Fotolestari)
22 Mac 2011
13 Mac 2011
6 Mac 2011
26 Februari 2011
6 Februari 2011 (Tag Along Deelapena)
30 Jan 2011(Tag Along Fotolestari)
SUMBER dari www.cmratu.com

Comments

Popular posts from this blog

PJM - Pingat Jasa Masyarakat

Tumpang gembira, semalam 11 Julai 2011 ayah saya, Mohd Rosli Bin Mohd Diah telah dikurniakan / dianugerahkan Pingat Jasa Masyarakat (PJM) oleh TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG, TUN DATO' SERI UTAMA (DR) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS sempena hari jadi yang ke-73 (9 Julai 2011). Walaupun tidak membawa apa-apa gelaran tapi saya yakin ayah saya gembira dengan penghormatan yang diberikan setelah lebih 30tahun melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Semoga penganugerahan ini menaikkan lagi semangat beliau untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.  Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. (Gambar dari Buku Istiadat Penganugerahan) Hehe tapi ayah saya dah dapat gelaran datuk tahun lepas 31 Oktober 2010 sempena kelahiran cucu sulung beliau Damia Maisarah binti Mohd Muktasim. Gambar-gambar di bawah ini dirakam oleh Nurulhuda kerana saya kerja sebelah pagi.  Saya pula tak pernah nak mimpi semua ni sebab memang tak ada berbakti untuk sesiapa pun, mengaja...

Jawatan Kosong : Kerja Mudah Pendapatan Lumayan

Klik pada gambar di atas untuk paparan lebih jelas. Jom la kita pakat-pakat mohon, kelulusan serta-merta ni. Tak payah bawa sijil apa pun. Insyallah saya nak jawatan ni. Nak menang hadiah? Jangan marah ya, saya jumpa dalam facebook banda baik ini dan di minta supaya kongsikan. Moga ada keinsafan dalam diri kita.  

Undang-undang Pengakap

Sebelum ni ada saya update mengenai Logo Pengakap Malaysia , Logo Pengakap Dunia dan  Persetiaan Pengakap . Isi ke tiga dalam persetiaan pengakap adalah menurut undang-undang pengakap. Ini ringkasan undang-undang pengakap yang juga boleh dijadikan lagu. Dipercayai  Taat Berguna Bersaudara Berbudi Kasihkan Binatang Menurut Perintah Tabah Hati Berjimat Suci Fikiran, Suci Perkataan dan Suci Perbuatan. UNDANG-UNDANG PENGAKAP Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya ( Dipercayai ) Pengakap adalah seorang yang taat kepada yang Dipertuan Agong serta Raja-Raja dan kepada pemimpin-pemimpin pengakap, ibubapa, majikannya dan orang-orang bawahannya ( Taat ) Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa ( Berguna ) Pengakap adalah bersahabat kepada sekelian orang dan bersaudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agama sekalipun ( Bersaudara ) Pengakap adalah baik dan sempurna budi pekertinya...