Pada hari Isnin yang lepas saya dan isteri telah membawa Damia Maisarah ke Pesta Penang. Tahun lepas 2010 tak pergi pun sebab Damia Maisarah masih kecil dan isteri baru sudah pantang. Tak sangka walaupun hari Isnin, pengungjung tetap ramai. Pada saya terlalu ramai. Gambar-gambar ini di rakam dengan ISO yang tinggi kerana saya tidak menggunakan sebarang flash.
Ok tak? tak puas sebenarnya ambil gambar kalau niat pergi bukan untuk ambil gambar, patut kena bawa tripod untuk bermain dengan slow shutter. Tak tahu la ada masa ke tidak nak pergi lagi untuk ambil gambar sahaja. Minggu depan cikgu-cikgu dah mula pergi sekolah untuk mesyuarat kali pertama selama 3 hari. Apa-apa pun pesta penang 2011 tetap meriah seperti dahulu walaupun kurang promosi berbanding tahun-tahun sebelum ini.
Comments
Post a Comment