Skip to main content

Bercuti di Johor dan Damia Maisarah

Baru sempat nak update percutian kami sekeluarga ke Johor minggu lepas. Bertolak dari Penang ke Putrajaya pada hari khamis 24hb November 2011 lebih kurang jam 9 malam dan tiba di Putrajaya jam 3 pagi. Banyak sangat berhenti sebab saya dah kepenatan seharian tidak berehat untuk siapkan custom album dan kerja-kerja lain. 

Esoknya, lebih kurang jam 12 tengah hari terus bergerak ke Pasir Gudang, Johor dan tiba lewat petang. Sekali lagi akibat keletihan terus tidur. Maklumlah saya ni jarang travel jauh macam ni. 

Hari Sabtu pagi kami pergi ronda-ronda Johor Bahru, saya pertama kali jejak kan kaki di Johor Bahru. Sebelum ni paling selatan pun Batu Pahat ja. Masa di Danga Bay yang banyak bergambar. Tempat lain x bergambar pun. 






Kemudian sebelah malam sekali lagi kami ke Danga Bay. Memang ramai betul orang sebelah malam. Tapi tak da gambar pun. Damia Maisarah (watak utama) tidur ja bila sampai. Jadi tak lama la kami di Danga Bay malam tu. Sempat juga layan Slow Shutter tambak johor dan Singapura. Tapi tak lama la sebab Damia dah lena dalam kereta.



Hari Ahad bermulalah kisah yang tak best sebab OTW balik Damia Maisarah muntah dan cirit birit. Tapi sempat juga singgah nilai 3 beli Scooter untuk Damia Maisarah. Malam tu bawa terus Damia Maisarah ke Klinik di Putrajaya dan tangguh perjalanan balik Penang malam tu. 

Isnin pagi terus bertolak dari Putrajaya ke Kuala Kurau dan kemudian balik Penang. Lepas 2 hari Damia Masih cirit birit hari Rabu pagi (semalam) bawa Damia Pergi hospital dan kena tahan sehari di Hospital Besar Pulau Pinang. Petang tadi dah boleh keluar tapi masih cirit birit cuma dia dah ada selera makan. Jadi tak la risau sangat.


Panajng entry kali ini. Kesian Damia Maisarah, first time dengar dia menjerit tak berhenti masa kena cucuk untuk masuk air di tangan dia. Harap dia cepat sembuh. Esok dah mula rutin sebagai jurugambar perkahwinan. Harap dapat buat yang terbaik. 

Comments

Popular posts from this blog

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka. 1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke? -Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah 2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang. -Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..." 3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos. -Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntuta...

PJM - Pingat Jasa Masyarakat

Tumpang gembira, semalam 11 Julai 2011 ayah saya, Mohd Rosli Bin Mohd Diah telah dikurniakan / dianugerahkan Pingat Jasa Masyarakat (PJM) oleh TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG, TUN DATO' SERI UTAMA (DR) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS sempena hari jadi yang ke-73 (9 Julai 2011). Walaupun tidak membawa apa-apa gelaran tapi saya yakin ayah saya gembira dengan penghormatan yang diberikan setelah lebih 30tahun melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Semoga penganugerahan ini menaikkan lagi semangat beliau untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.  Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. (Gambar dari Buku Istiadat Penganugerahan) Hehe tapi ayah saya dah dapat gelaran datuk tahun lepas 31 Oktober 2010 sempena kelahiran cucu sulung beliau Damia Maisarah binti Mohd Muktasim. Gambar-gambar di bawah ini dirakam oleh Nurulhuda kerana saya kerja sebelah pagi.  Saya pula tak pernah nak mimpi semua ni sebab memang tak ada berbakti untuk sesiapa pun, mengaja...

Muaz Faris dan Google Adsense

Memandangkan saya juga merupakan pengguna google adsense jadi saya rasa saya sangat berminat untuk mendapatkan buku ini. Kalau tak dapat dari giveaway ni pun saya akan pergi cari di popular atau MPH. Tapi kalau dapat dari Muaz Faris lagi bagus la.  Walaupun saya tidak pernah cash out duit dari google adsense tetapi saya yakin ianya bakal berlaku dalam tahun hadapan, 100USD = rm300.00 ++ insyallah saya juga boleh seperti orang lain. Mungkin tak banyak tapi biar kecil asalkan berhasil. Yang lain nak join tak giveaway ni? kalau sempat la kan sebab hari ini merupakan hari terakhir. “ Giveaway Buku Google Adsense adalah anjuran Muaz Faris . Jemput follow Twitter @muazfaris untuk perkembangan terkini.”