Skip to main content

Selamat Menjawab buat semua Calon SPM 2011

Hari ini 14 November 2011 merupakan hari pertama bagi calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2011 mengambil peperiksaan. Inilah masa dan ketikanya para calon membuktikan kepada ibu bapa, guru dan semua orang apa yang telah mereka pelajari selama 11 tahun di sekolah, bermula dari darjah 1 hingga lah hari ini. Dan hasilnya akan menjadi titik tolak perjalanan hidup yang mendatang. 



Sebagai guru sudah pasti saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat para pelajar. Rasanya tidak ada guru yang mahu anak didiknya kecundang dalam hidup ini. Biar ada rasa kecewa dengan sikap pelajar tapi apa yang akan dipohon oleh para guru adalah petunjuk supaya mereka sedar dan berubah. 

Tetapi apa yang saya sangat harapkan dari para pelajar bukan sekadar ilmu yang diajar dalam P&P, tetapi mempunyai sikap yang baik. Itu yang saya rasakan lebih perlu diutamakan. Semoga bila tamat persekolahan nanti mereka akan menjadi manusia yang berguna kepada Agama dan Negara. Bukan sekadar cemerlang dalam peperiksaan sahaja.

Jadi para calon SPM 2011 buatlah yang terbaik demi masa depan anda. Kelulusan akedemik di pandang tinggi di Negara ini, jadi pastikan kita tidak ketinggalan jauh di belakang. Belajarlah selagi mampu, ilmu pengetahuan bukan ada di Sekolah, atau pusat pengajian sahaja. Pelajaran yang terbaik adalah pengalaman, dan orang yang pandai belajar dari pengalaman orang lain.

Boleh dapatkan set soalan percubaan SPM reka cipta di SINI

Comments

Popular posts from this blog

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka. 1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke? -Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah 2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang. -Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..." 3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos. -Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntuta...

PJM - Pingat Jasa Masyarakat

Tumpang gembira, semalam 11 Julai 2011 ayah saya, Mohd Rosli Bin Mohd Diah telah dikurniakan / dianugerahkan Pingat Jasa Masyarakat (PJM) oleh TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG, TUN DATO' SERI UTAMA (DR) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS sempena hari jadi yang ke-73 (9 Julai 2011). Walaupun tidak membawa apa-apa gelaran tapi saya yakin ayah saya gembira dengan penghormatan yang diberikan setelah lebih 30tahun melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Semoga penganugerahan ini menaikkan lagi semangat beliau untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.  Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. (Gambar dari Buku Istiadat Penganugerahan) Hehe tapi ayah saya dah dapat gelaran datuk tahun lepas 31 Oktober 2010 sempena kelahiran cucu sulung beliau Damia Maisarah binti Mohd Muktasim. Gambar-gambar di bawah ini dirakam oleh Nurulhuda kerana saya kerja sebelah pagi.  Saya pula tak pernah nak mimpi semua ni sebab memang tak ada berbakti untuk sesiapa pun, mengaja...

Muaz Faris dan Google Adsense

Memandangkan saya juga merupakan pengguna google adsense jadi saya rasa saya sangat berminat untuk mendapatkan buku ini. Kalau tak dapat dari giveaway ni pun saya akan pergi cari di popular atau MPH. Tapi kalau dapat dari Muaz Faris lagi bagus la.  Walaupun saya tidak pernah cash out duit dari google adsense tetapi saya yakin ianya bakal berlaku dalam tahun hadapan, 100USD = rm300.00 ++ insyallah saya juga boleh seperti orang lain. Mungkin tak banyak tapi biar kecil asalkan berhasil. Yang lain nak join tak giveaway ni? kalau sempat la kan sebab hari ini merupakan hari terakhir. “ Giveaway Buku Google Adsense adalah anjuran Muaz Faris . Jemput follow Twitter @muazfaris untuk perkembangan terkini.”