Skip to main content

Selamat Hari Lahir Damia Maisarah

Hari ini genaplah setahun umur anak pertama saya dan isteri, Nurulhuda. Mengenang kembali peristiwa setahun yang lalu, disaat saya bergelar ayah. Pagi 30hb Oktober 2011 jam 10 mama Damia Maisarah telah di bawa ke hospital bersalin kerana telah merasakan kesakitan yang amat sangat. Setiba di haspital doktor pada masa itu memberitahu bahawa Nurulhuda boleh bersalin bila-bila masa sahaja dan ditempatkan di wad kelas 2. Saya menemani isteri hingga tamat waktuk melawat petang jam 7. Kemudian saya kembali untuk melawat pada jam 10mlm. Saya cuma dapat bercakap dengan isteri beberapa minit sahaja dan tidur dalam kereta di tempat parking hospital. Tidur-tidur ayam, tak lena pun, jam 2 pagi isteri membuat panggilan dan mengatakan dia sudah dibawa ke dewan bersalin.
Jadi saya juga turut ikut serta ke dalam dewan bersalin, selepas hampir 6 jam (8 pagi) tidak juga bersalin maka doktor membuat keputusan memasukkan ubat bagi meransang bayi untuk keluar. Kesian sangat melihat keadaan isteri ketika itu. Dengan keadaan yang tidak lagi bermaya (kali terakhir makan ketika makan malam) terpaksa menahan kesakitan. Dan pada jam 1.30tgh doktor membuat keputusan untuk mengunakan vakum bagi menyedut bayi keluar (saya telah diarah keluar ketika ini) dan kemudian doktor keluar memaklumkan kepada saya mereka terpaksa melakukan pembedahan segera kerana kedudukan bayi tidak selamat untuk dikeluarkan dengan vakum.

Lebih kurang jam 2ptg Nurulhuda di tolak ke dewan bedah, dan alhamdulillah lebih kurang jam 2.15ptg Damia Maisarah berjaya di keluarkan dan di bawa ke tempat penjagaan khas kerana pernafasanya masih belum stabil. Ketika itu mengalir air mata yang jarang-jarang keluar dari mata saya yang disifatkan isteri keras hati. Rasa bersyukur sangat melihat perberian amanah Allah yang paling berharga buat saya dan isteri. Tak sampai 15minit keadaan Damia Maisarah telah kembali stabil dan setibanya saya di bilik khas tersebut Damia Maisarah sedang minum susu yang di suap oleh jururawat, dan ayat pertama yang jururawat tu cakap pada saya, cerdik budak ni, sekejap ja dah pandai minum. 

Memandangkan Nurulhuda masih tidak dapat melihat Damia Maisarah ketika itu maka saya membawa masuk kamera Nikon D90 secara senyap-senyap dan mengambil sekeping gambar untuk tatapan Nurulhuda. Esoknya barulah Damia Maisarah di keluarkan dari bilik khas untuk bertemu muka dengan mamanya. 

Inilah gambar Damia Maisarah di hari pertama kelahirannya 31 Oktober 2010 (sekeping ja sempat snap sebab takut kantoi tak boleh bawa masuk kamera).


Dan ini pula gambar terbaru Damia Maisarah, 30 Oktober 2011. Dengan baju sempena hari lahir Damia Maisarah di jahit oleh tok ibu (ibu saya) meraikan cucu sulung.


Malam ni sambut ulang tahun kelahiran Damia Maisarah secara kecil-kecilan dengan tok ayah dan tok ibu sahaja. Harap Damia Maisarah jadi anak yang baik. 

Comments

Popular posts from this blog

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka. 1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke? -Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah 2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang. -Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..." 3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos. -Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntuta...

Muaz Faris dan Google Adsense

Memandangkan saya juga merupakan pengguna google adsense jadi saya rasa saya sangat berminat untuk mendapatkan buku ini. Kalau tak dapat dari giveaway ni pun saya akan pergi cari di popular atau MPH. Tapi kalau dapat dari Muaz Faris lagi bagus la.  Walaupun saya tidak pernah cash out duit dari google adsense tetapi saya yakin ianya bakal berlaku dalam tahun hadapan, 100USD = rm300.00 ++ insyallah saya juga boleh seperti orang lain. Mungkin tak banyak tapi biar kecil asalkan berhasil. Yang lain nak join tak giveaway ni? kalau sempat la kan sebab hari ini merupakan hari terakhir. “ Giveaway Buku Google Adsense adalah anjuran Muaz Faris . Jemput follow Twitter @muazfaris untuk perkembangan terkini.”

Update - Majlis Bertandang Johan & Farah AF2

Lagi update untuk hari ini.. Pelamin -  SOFI BRIDAL OP -  MyStepped Production Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas Patung perempuan untuk kek majlis ini memakai tudung Kompang - dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PSSCM-CPP) En. Aziz Desa, Juruacara majlis hari ini Bacaan doa oleh Cikgu Ismail Sofi - Pemilik Sofi Bridal bersama pengantin (banyak kamera, mata semua ke lain, minta maaf ) -  Teaser : Johan dan Farah AF2 NANTIKAN LAGI UPDATE AKAN DATANG Website :  http://cmratu.com/ Flickr :  http://www.flickr .com/photos/cmratu Tune Talk promosi mesti try tengok Iphone 4 paling murah di pasaran