Skip to main content

Malaysia vs Singapore - Ujian Pertama Sukan SEA 2011

7 November 2011  menjadi peluang besar Harimau Malaya membalas dendam atas kekalahan skuad sinior semasa kelayakan Piala Dunia baru-baru ini. Masih belum terpadam dalam ingatan rakyat Malaysia kekalahan tersebut. 

Dalam sukan SEA tahun 2011 pasukan Malaysia telah di undi dalam Kumpulan A yang juga digelar Kumpulan Maut kerana di penuhi pasukan pilihan seperti Indonesia, Thailand, Singapore dan Kemboja. Malaysia perlu berada antara 2 pasukan terbaik bagi melayakkan diri ke peringkat Separuh Akhir jika mahu mempertahankan Kejuaraan yang telah di cipta 2 tahun lalu.

Gambar hiasan - SMKRTU vs SMKSN (shoot by cmratu.com)
Jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee berkata berada dalam kumpulan maut membuatkan anak buahnya lebih bersedia dan berwaspada daripada biasa. Ini yang kita harapkan. Saya yakin skuad Olimpik mampu ulanggi kejayaan skuad kebangsaan 2 tahun lalu.

Apa pun perlawanan pertama selalunya memberi impak besar dalam kejohanan. Jadi perlawanan dengan Singapore menjadi titik tolak saingan Negara untuk memastikan Kejuaraan Pasukan Bola Sepak Sukan SEA kali ini kekal milik MALAYSIA. 

Dalam perlawanan bola sepak kita dapat lihat setiap rakyat Malaysia tidak kira agama, bangsa dan fahaman politik bersatu menyokong pasukan Negara. Semangat beginilah yang kita harapkan.  Bersatu kita teguh. Sama-sama kita nantikan perlawanan pertama Malaysia vs Singapore, 8 November 2011.

JADUAL PERLAWANAN MALAYSIA DI SUKAN SEA 2011
  1. Malaysia vs Singapore - 7 November 2011
  2. Malaysia vs Thailand - 9 November 2011
  3. Malaysia vs Kemboja - 11 November 2011
  4. Malaysia vs Indonesia - 13 November 2011

Comments

Popular posts from this blog

PJM - Pingat Jasa Masyarakat

Tumpang gembira, semalam 11 Julai 2011 ayah saya, Mohd Rosli Bin Mohd Diah telah dikurniakan / dianugerahkan Pingat Jasa Masyarakat (PJM) oleh TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG, TUN DATO' SERI UTAMA (DR) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS sempena hari jadi yang ke-73 (9 Julai 2011). Walaupun tidak membawa apa-apa gelaran tapi saya yakin ayah saya gembira dengan penghormatan yang diberikan setelah lebih 30tahun melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Semoga penganugerahan ini menaikkan lagi semangat beliau untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.  Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. (Gambar dari Buku Istiadat Penganugerahan) Hehe tapi ayah saya dah dapat gelaran datuk tahun lepas 31 Oktober 2010 sempena kelahiran cucu sulung beliau Damia Maisarah binti Mohd Muktasim. Gambar-gambar di bawah ini dirakam oleh Nurulhuda kerana saya kerja sebelah pagi.  Saya pula tak pernah nak mimpi semua ni sebab memang tak ada berbakti untuk sesiapa pun, mengaja...

Wordless Wednesday #2

P14G PALING SEMPOI, MESTI CUBA Website :  http://cmratu.com/ Flickr :  http://www.flickr .com/photos/cmratu TOYOTA ROAD SHOW HOTLINK VOTE BLOGGER

Update - Majlis Bertandang Johan & Farah AF2

Lagi update untuk hari ini.. Pelamin -  SOFI BRIDAL OP -  MyStepped Production Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas Patung perempuan untuk kek majlis ini memakai tudung Kompang - dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PSSCM-CPP) En. Aziz Desa, Juruacara majlis hari ini Bacaan doa oleh Cikgu Ismail Sofi - Pemilik Sofi Bridal bersama pengantin (banyak kamera, mata semua ke lain, minta maaf ) -  Teaser : Johan dan Farah AF2 NANTIKAN LAGI UPDATE AKAN DATANG Website :  http://cmratu.com/ Flickr :  http://www.flickr .com/photos/cmratu Tune Talk promosi mesti try tengok Iphone 4 paling murah di pasaran