Skip to main content

Genap 3 Tahun Sebagai Pemilik DSLR

Hari ini 27 Oktober 2011 merupakan hari ulang tahun ke-3 bagi saya sebagai pemilik DSLR. Masih terlalu baru dalam bidang ini. Banyak pengalaman pahit dan manis yang saya peroleh sebagai pemilik DSLR. 

Asalnya pada 3 tahun yang lepas iaitu 27 Oktober 2008 saya hanyalah mengikut kawan (Azahairi Abd Aziz) untuk mencari kamera DSLR. Tetapi akibat teracun dengan kualiti DSLR maka saya juga membeli kamera Nikon D40 + Kit Lens 18-55mm dengan harga RM1649.00. Masa tu memang kosong lansung tentang DSLR, dan asalnya nak beli SONY kerana harga SONY lebih murah. Tetapi memandangkan rakan-rakan ramai yang guna NIKON jadi beli NIKON la juga. 

Antara yang terawal dari saya


Selepas 3 tahun dan saya lihat semula gambar-gambar yang di ambil memang terasa banyak sangat perbezaan dan masih banyak yang saya perlu belajar. Pengetahuan saya selepas 3 tahun sepatutnya lebih dari sekarang. Betul kata beberapa orang yang lama dalam bidang ini, bakat merupakan perkara penting dalam fotografi. Kiranya saya ni kurang berbakat, jadi perlu banyak belajar. Ada yang baru sehari dua dengan kamera tapi mampu menghasilkan gambar lebih baik dari orang yang telah lama dalam bidang ini. 


Boleh klik pada http://cmratu.fotopages.com/?&page=33 untuk lihat hasil-hasil saya sejak mula saya memiliki DSLR.  D40 saya telah rosak pada Februari 2010, sehingga hari ini saya pernah memiliki Nikon D40, D70, D5000, D90 dan D7000 tetapi sekarang ini cuma tinggal D90 dan D7000 sahaja. 

Untuk lihat hasil-hasil terkini saya boleh ke cmratu.com. Saya akan terus berusaha untuk meningkatkan lagi mutu dan kualiti gambar saya untuk kepuasan saya sendiri.  Terima Kasih tak terhingga kepada semua guru-guru yang banyak mengajar saya hingga ke tahap ini. Saya tidak pernah lupakan jasa mereka. Pada saya walaupun satu huruf yang diajar di tetap guru saya sampai bila-bila. Jadi memang terlalu ramai guru yang lansung dan tidak lansung bagi saya.

Gambar terbaru HDR SS di Sg.Sedim, Kedah

Comments

Popular posts from this blog

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka. 1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke? -Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah 2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang. -Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..." 3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos. -Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntuta...

Muaz Faris dan Google Adsense

Memandangkan saya juga merupakan pengguna google adsense jadi saya rasa saya sangat berminat untuk mendapatkan buku ini. Kalau tak dapat dari giveaway ni pun saya akan pergi cari di popular atau MPH. Tapi kalau dapat dari Muaz Faris lagi bagus la.  Walaupun saya tidak pernah cash out duit dari google adsense tetapi saya yakin ianya bakal berlaku dalam tahun hadapan, 100USD = rm300.00 ++ insyallah saya juga boleh seperti orang lain. Mungkin tak banyak tapi biar kecil asalkan berhasil. Yang lain nak join tak giveaway ni? kalau sempat la kan sebab hari ini merupakan hari terakhir. “ Giveaway Buku Google Adsense adalah anjuran Muaz Faris . Jemput follow Twitter @muazfaris untuk perkembangan terkini.”

Update - Majlis Bertandang Johan & Farah AF2

Lagi update untuk hari ini.. Pelamin -  SOFI BRIDAL OP -  MyStepped Production Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas Patung perempuan untuk kek majlis ini memakai tudung Kompang - dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PSSCM-CPP) En. Aziz Desa, Juruacara majlis hari ini Bacaan doa oleh Cikgu Ismail Sofi - Pemilik Sofi Bridal bersama pengantin (banyak kamera, mata semua ke lain, minta maaf ) -  Teaser : Johan dan Farah AF2 NANTIKAN LAGI UPDATE AKAN DATANG Website :  http://cmratu.com/ Flickr :  http://www.flickr .com/photos/cmratu Tune Talk promosi mesti try tengok Iphone 4 paling murah di pasaran