ceritamamat.com dah makin menjadi buah mulut blogger-blogger Malaysia. Bermula dari 5 Mei 2011 blog ceritamamat.com telah pun berada di kelompok 500 blog terbaik dalam ranking alexa pada bulan Ogos, tak sampai 3 bulan.
Saya dapat bayangkan satu hari nanti ceritamamat.com pasti akan menjadi lebih hebat, ini kerana kekangan masa dalam memberi tumpuan kepada SPM yang bakal berlansung mulai 22 November 2011. Penulis ceritamamat.com ini merupakan pelajar tingkatan 5 (17 tahun), jadi sudah pasti apabilatamat sahaja peperiksaan SPM, mamat dapat memberi tumpuan sepenuhnya pada blog beliau.
Perkongsian dan penulisan dalam blog ceritamamat.com memang tidak seperti penulisan seorang pelajar sekolah. Susunan ayat dan penulisan yang sangat baik, mudah difahami.
Ilmu berkaitan SEO juga tinggi. Saya yakin kehadiran trafik ke blog ceritamamat.com adalah dari kebijaksanaan penulis berkaitan SEO. Malah tips berkaitan SEO yang diberikan juga memberi kesan kepada blog Dunia CMRatu ini. Terima Kasih ceritamaamt.com.
Comments
Post a Comment