Kalau nak banding dengan blog-blog otai tu kira biasa-biasa la uniques visitor (UV) lebih 1000 setiap hari, tapi blogger baru macam saya ni nak rasa 1000UV seminggu pun kadang-kadang sahaja. Tapi minggu ini dengan keyword Belanjawan 2012 Malaysia dan Pelarasan Gaji 2012 blog Dunia CMRatu berjaya peroleh 1017UV pada 12/10/2011 berdasarkan statistik di Nuffnang.
Tak tahu la berapa lama boleh macam ni. Sebelum ni blog Dunia CMRatu cuma maintain 150 - 200 UV sehari. Tapi sejak jumaat lepas selepas pembentangan belanjawan 2012 terus UV melonjak ke angka yang sukar di percayai. Maklumlah blog ni niche fotografi, sengaja mencuba entry SEO berkaitan isu semasa.
Jadi rasanya saya akan terus menulis entry-entry dengan tujuan trafik organik selepas ini. Tapi masih kekalkan niche fotografi. Agak-agak bila la nuffnang nak kasi BE.
Comments
Post a Comment