Skip to main content

Bantuan RM500 belanjawan 2012 diagihkan mulai Januari

Ramai yang tanya bagaimana, bila dan detail berkaitan agihan bantuan RM500 seperti mana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak semasa Pembentangan Belanjawan 2012, jumaat lalu. Saya juga tertanya-tanya dan ini jawapan dari menteri berkenaan di petik dari BERNAMA.

KUALA LUMPUR 12 Okt – Kerajaan menimbang mengagihkan pemberian bantuan rakyat sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, mulai Januari 2012.


Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, pengagihan bantuan wang tunai itu yang boleh dilakukan secara berperingkat-peringkat, tanpa penetapan masa, akan dilakukan secepat mungkin mulai Januari depan.


Bantuan “one off” atau sekali sahaja itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2012 minggu lepas.


Awang Adek berkata, kerajaan mengenal pasti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai agensi utama perlaksanaan bantuan itu.


“Ini kerana agensi berkenaan mempunyai fail-fail cukai bagi pembayar cukai yang aktif mahupun tidak aktif antara agensi lain yang turut terlibat dalam pengagihan bantuan itu ialah Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Negara serta POS Malaysia,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Percukaian Kebangsaan 2011, di sini hari ini.


Awang Adek berkata, LHDN difahamkan turut mengguna pakai sistem pangkalan data e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan maklumat rakyat yang benar-benar layak menerima bantuan terbabit. – Bernama 
Blog fotografi jadi kongsi juga la gambar
 HDR (11/10/11) berhampiran jeti Pulau Jerjak, Pulau Pinang
Macam saya ni memang tak dapat la. Harapan saya siasatan dijalankan dengan betul supaya yang berhak sahaja yang menerima. Bagi pekerja makan gaji rasanya tidak ada masalah untuk mengesan pendapatan isi rumah. Semoga wang bantuan RM500 ini di manfaatkan oleh penerima sebaik mungkin. Sepertimana yang Denaihati tulis dalam blognya bantuan rm500 ini untuk kebaikkan semua, bukan pada yang menerima sahaja. 

Semua insentif akan diberi dalam bentuk wang tunai dan pasti penerima akan membelanjakan wang tunai tersebut untuk membeli keperluan kehidupan. Maka berbillion wang tunai akan memasuki pasaran melalui perbelanjaan rakyat dan ini akan mengaktifkan sektor peruncitan dan sektor-sektor yang lain dengan meningkatkan aktiviti jual dan beli. Secara keseluruhan aktiviti ekonomi samada kedai runcit, pasaraya, restoran dan semua aktiviti perniagaan akan bertambah rancak. Kerancakan aktiviti ekonomi peruncitan pasti akan memberi kesan kepada sektor pertanian, perkilangan, pembinaan dan sebagainya yang akan menyediakan peluang pekerjaan untuk semua graduan universiti terutama yang tidak sangat memilih pekerjaan - DENAIHATI

Moga-moga negara ini terus aman makmur dan maju sentiasa. Dan pembentangan belanjawan 2012 ini memberi kebaikan buat semua.

Comments

Popular posts from this blog

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka. 1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke? -Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah 2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang. -Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..." 3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos. -Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntuta...

PJM - Pingat Jasa Masyarakat

Tumpang gembira, semalam 11 Julai 2011 ayah saya, Mohd Rosli Bin Mohd Diah telah dikurniakan / dianugerahkan Pingat Jasa Masyarakat (PJM) oleh TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG, TUN DATO' SERI UTAMA (DR) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS sempena hari jadi yang ke-73 (9 Julai 2011). Walaupun tidak membawa apa-apa gelaran tapi saya yakin ayah saya gembira dengan penghormatan yang diberikan setelah lebih 30tahun melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Semoga penganugerahan ini menaikkan lagi semangat beliau untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.  Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. (Gambar dari Buku Istiadat Penganugerahan) Hehe tapi ayah saya dah dapat gelaran datuk tahun lepas 31 Oktober 2010 sempena kelahiran cucu sulung beliau Damia Maisarah binti Mohd Muktasim. Gambar-gambar di bawah ini dirakam oleh Nurulhuda kerana saya kerja sebelah pagi.  Saya pula tak pernah nak mimpi semua ni sebab memang tak ada berbakti untuk sesiapa pun, mengaja...

Muaz Faris dan Google Adsense

Memandangkan saya juga merupakan pengguna google adsense jadi saya rasa saya sangat berminat untuk mendapatkan buku ini. Kalau tak dapat dari giveaway ni pun saya akan pergi cari di popular atau MPH. Tapi kalau dapat dari Muaz Faris lagi bagus la.  Walaupun saya tidak pernah cash out duit dari google adsense tetapi saya yakin ianya bakal berlaku dalam tahun hadapan, 100USD = rm300.00 ++ insyallah saya juga boleh seperti orang lain. Mungkin tak banyak tapi biar kecil asalkan berhasil. Yang lain nak join tak giveaway ni? kalau sempat la kan sebab hari ini merupakan hari terakhir. “ Giveaway Buku Google Adsense adalah anjuran Muaz Faris . Jemput follow Twitter @muazfaris untuk perkembangan terkini.”