Trafik Organik, merupakan trafik di mana datangnya daripada hasil carian di "search engine" seperti Google, Yahoo DLL. Ini bermakna pengunjung blog adalah asli masuk ke blog untuk membaca artikel / melihat gambar DLL berdasarkan carian, bukan daripada Ping Blog di Facebook atau blogwalking. Sekiranya blog kita mesra dengan Search Engine Optimization (SEO) maka mudah bagi kita memperoleh Trafik organik. Trafik organik dikatakan sebagai penyumbang terbesar trafik ke blog jika kita pandai dan arif dengan SEO. Jadi saya mula mempelajari SEO yang lebih berkaitan dengan niche Fotografi. Dan dalam pencarian tutorial saya telah bertemu dengan carta pai ini di blog ariffshah.com.
Daripada carta pai di atas, nampaknya 6.91% adalah pemilikan domain. Saya masih lagi dengan blogspot, mungkin sebab itu trafik organik saya agak kurang. Dan untuk membaca dengan lebih mendalam mengenai carta ini boleh kunjungi blog ariffshah.com.
Dan dalam dunia fotografi perkahwinan di Malaysia hari ini tidak ramai yang menulis blog berkaitan fotografi tetapi lebih ramai yang menjadikan blog / lamanweb sebagai tempat mempaparkan hasil kerja (portfolio) kepada pelanggan. Sedangkan kebanyakkan pelangan mencari jurugambar melalui internet menggunakan 'search engine' dan blog kita berada di belakang.
Jadi mari kita sama-sama terus belajar berkaitan SEO untuk memperoleh trafik organik. Saya akan cuba kekalkan blog ini sebagai niche blog (fotografi) walaupun mula mencari trafik organik dengan teknik SEO. Saya budak beru belajar kalau salah tolong tunjukkan...
Comments
Post a Comment