Skip to main content

Macro Fotografi

Macro Fotografi sudah menjadi kegilaan ramai penggiat fotografi di negara ini. Hobi dalam dunia fotografi memang banyak pecahan dan Macro fotografi merupakan salah satu pecahan. Pasti ramai yang menyangka jika mahu menghasilkan gambar macro yang cantik perlukan peralatan yang mahal dan berkualiti, tetapi hari ini saya ingin kongsi kehebatan rakan saya Jan Azrol yang mampu menghasilkan gambar macro berkualiti dengan hanya mengunakan kamera Nikon D60 + 35mm + raynox dcr-250. 

Ini merupakan hasil gambar beliau yang pernah tersiar dalam Digital Camera Magazine dengan menggunakan Nikon D60 + 35mm + raynox dcr-250 sahaja. 


Tapi kalau kita ada modal lebih sikit beli sahaja tamron macro 90mm. Harga lebih kurang RM1100 sahaja sekarang ni. Saya masih belum bersedia untuk menceburi macro fotografi. Dalam mengambil gambar macro ada 3 faktor penting iaitu bagi menghasilkan gambar yang cantik iaitu kemahiran, kesabaran dan tuah. Sekiranya ada kemahiran dan kesabaran yang tinggi tetapi tiada tuah hari itu maka tak dapat la moment yang cantik. Antara moment terhebat yang saya pernah lihat dalam macro fotografi hasil Jan Azrol adalah gambar di bawah, rama-rama bertelur di daun. 


Kepada peminat macro fotografi boleh la berhubung dengan Jan Azrol untuk mendapatkan tips-tips berguna. Saya sangat suka hasil kerja beliau. Mungkin saya kurang kesabaran untuk menceburi bidang macro fotografi ini. anda bagaimana?

Tujuan saya tulis artikel ini adalah kerana menghargai Jan Azrol kerana sudi melanggan iklan di blog ini, dan saya juga ingin mencuba SEO dengan keyword macro fotografi. Saya akan terus belajar dan belajar mengenai SEO bagi memperoleh organik trafik dari niche blog ini iaitu fotografi. 

Comments

Popular posts from this blog

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka. 1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke? -Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah 2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang. -Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..." 3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos. -Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntuta...

PJM - Pingat Jasa Masyarakat

Tumpang gembira, semalam 11 Julai 2011 ayah saya, Mohd Rosli Bin Mohd Diah telah dikurniakan / dianugerahkan Pingat Jasa Masyarakat (PJM) oleh TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG, TUN DATO' SERI UTAMA (DR) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS sempena hari jadi yang ke-73 (9 Julai 2011). Walaupun tidak membawa apa-apa gelaran tapi saya yakin ayah saya gembira dengan penghormatan yang diberikan setelah lebih 30tahun melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Semoga penganugerahan ini menaikkan lagi semangat beliau untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.  Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. (Gambar dari Buku Istiadat Penganugerahan) Hehe tapi ayah saya dah dapat gelaran datuk tahun lepas 31 Oktober 2010 sempena kelahiran cucu sulung beliau Damia Maisarah binti Mohd Muktasim. Gambar-gambar di bawah ini dirakam oleh Nurulhuda kerana saya kerja sebelah pagi.  Saya pula tak pernah nak mimpi semua ni sebab memang tak ada berbakti untuk sesiapa pun, mengaja...

Muaz Faris dan Google Adsense

Memandangkan saya juga merupakan pengguna google adsense jadi saya rasa saya sangat berminat untuk mendapatkan buku ini. Kalau tak dapat dari giveaway ni pun saya akan pergi cari di popular atau MPH. Tapi kalau dapat dari Muaz Faris lagi bagus la.  Walaupun saya tidak pernah cash out duit dari google adsense tetapi saya yakin ianya bakal berlaku dalam tahun hadapan, 100USD = rm300.00 ++ insyallah saya juga boleh seperti orang lain. Mungkin tak banyak tapi biar kecil asalkan berhasil. Yang lain nak join tak giveaway ni? kalau sempat la kan sebab hari ini merupakan hari terakhir. “ Giveaway Buku Google Adsense adalah anjuran Muaz Faris . Jemput follow Twitter @muazfaris untuk perkembangan terkini.”