Skip to main content

Jurugambar Perkahwinan

Jurugambar perkahwinan telah menjadi satu fenomena baru di kalangan remaja masa kini terutamanya yang memiliki kamera DSLR. Zaman sekarang pelajar sekolah juga telah ramai yang mampu memiliki kamera DSLR yang kian lama kian murah di pasaran. Harga sebuah kamera DSLR 2nd hand beserta lens mampu di miliki dengan harga tidak sampai RM1000. Oleh itu tidak menjadi masalah bagi pengemar fotografi termasuk pelajar sekolah memilikinya. Sebagai guru saya nampak perkara ini di sekolah. 

Pada saya ini merupakan perkara yang baik sekiranya digunakan pada jalan yang betul. Ilmu berkaitan kemera atau fotografi amat menarik untuk dipelajari dan boleh menjadi sumber pendapatan. Pelajar yang benar-benar minat dalam bidang ini juga boleh menyambung pelajaran berkaitan fotografi di IPTA atau IPTS selepas SPM. Bidang fotografi sangat luas.

Mereka juga boleh menceburkan diri sebagai jurugambar perkahwinan yang di lihat sebagai jalan mudah bagi  memperoleh wang sebagai penggunan DSLR. Namun begitu menjadi seorang jurugambar perkahwinan bukanlah mudah sepertimana yang kita sangkakan. Banyak perkara yang perlu kita tahu dan pelajari. Saya sentiasa mengalakkan pelajar-pelajar saya di sekolah yang betul-betul minat dalam bidang ini untuk mencari ilmu berkaitan, kerana bidang ini mempunyai potensi yang besar untuk berjaya. Pada saya apa yang penting adalah kesungguhan. 


Kita perlu lihat kejayaan-kejayaan jurugambar perkahwinan yang ada di negara ini, malah ada yang menjadi jutawan. Perkara ini tidak mustahil dan jangan kita sempitkan permikiran kita. Setiap usaha yang bersungguh-sunguh pasti peroleh kejayaan dengan izin Allah. Jadi jangan kita lihat orang-orang yang gagal tapi lihatlah kejayaan jurugambar perkahwinan yang ada. Semuanya di tangan kita, "Mahu seribu daya, hendak seribu cara". 

Bagaimana hendak mula? nanti saya akan cuba kongsikan pengalaman saya dan hasil bacaan beberapa buku fotografi dan tips-tips dari orang yang berjaya dalam bidang ini. Saya juga masih belajar dan terus ingin belajar dan belajar. layakkah saya bergelar jurugambar perkahwinan? anda buat pilihan www.cmratu.com

Comments

Popular posts from this blog

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka. 1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke? -Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah 2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang. -Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..." 3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos. -Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntuta...

PJM - Pingat Jasa Masyarakat

Tumpang gembira, semalam 11 Julai 2011 ayah saya, Mohd Rosli Bin Mohd Diah telah dikurniakan / dianugerahkan Pingat Jasa Masyarakat (PJM) oleh TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG, TUN DATO' SERI UTAMA (DR) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS sempena hari jadi yang ke-73 (9 Julai 2011). Walaupun tidak membawa apa-apa gelaran tapi saya yakin ayah saya gembira dengan penghormatan yang diberikan setelah lebih 30tahun melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Semoga penganugerahan ini menaikkan lagi semangat beliau untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.  Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. (Gambar dari Buku Istiadat Penganugerahan) Hehe tapi ayah saya dah dapat gelaran datuk tahun lepas 31 Oktober 2010 sempena kelahiran cucu sulung beliau Damia Maisarah binti Mohd Muktasim. Gambar-gambar di bawah ini dirakam oleh Nurulhuda kerana saya kerja sebelah pagi.  Saya pula tak pernah nak mimpi semua ni sebab memang tak ada berbakti untuk sesiapa pun, mengaja...

Muaz Faris dan Google Adsense

Memandangkan saya juga merupakan pengguna google adsense jadi saya rasa saya sangat berminat untuk mendapatkan buku ini. Kalau tak dapat dari giveaway ni pun saya akan pergi cari di popular atau MPH. Tapi kalau dapat dari Muaz Faris lagi bagus la.  Walaupun saya tidak pernah cash out duit dari google adsense tetapi saya yakin ianya bakal berlaku dalam tahun hadapan, 100USD = rm300.00 ++ insyallah saya juga boleh seperti orang lain. Mungkin tak banyak tapi biar kecil asalkan berhasil. Yang lain nak join tak giveaway ni? kalau sempat la kan sebab hari ini merupakan hari terakhir. “ Giveaway Buku Google Adsense adalah anjuran Muaz Faris . Jemput follow Twitter @muazfaris untuk perkembangan terkini.”