Fuh.. berita panas minggu ini, pasti ramai yang memperkatakan isu ini. Dan dah ada page khas bagi menyuarakan bantahan terhadap isu ini di Facebook. Sapa bukan pengguna prabayar, tapi saya juga tergolong dalam golongan yang tidak bersetuju dengan cukai ini. Kalau perkara ini berterusan maka tidak mustahil semua benda selepas ini akan dikenakan cukai. Mula2 produk makanan, kemudian Astro dan sekarang ini tambah nilai Prabayar pula. Kita boleh nampak bukan, kalau kita berdiam diri mereka makin menjadi-jadi.
Saya telah di invite untuk LIKE page "KAMI BANTAH CUKAI 6% UNTUK PRODUK RELOAD DAN SIM PACK" & "KAMI BANTAH CUKAI 6% BAGI PRODUK TAMBAH NILAI PRABAYAR & PEK-SIM" dan sudah pasti saya klik LIKE. Rakan-rakan lain jom kita sama-sama, anggaplah ini satu usaha bantahan terhadap perkara ini, kerana ini salah satu ruang dan cara kita menyampaikan kepada pihak yang bertangungjawab.
Saya sudah anda bila lagi.. bukan susah pun tekan LIKE sahaja...
Website : http://cmratu.com/
Flickr : http://www.flickr.com/photos/cmratu
Comments
Post a Comment