Skip to main content

3 Bulan Menjadi Blogger

Hari ini genap 3 Bulan menjadi blogger, baru nak belajar merangkak. Banyak yang saya pelajari dalam dunia blog sepanjang tempoh ini dan banyak lagi yang perlu saya pelajari. Terutamanya mengenai SEO, hingga kan terasa ingin mengubah haluan ke Wordpress (WP) self domain. Tambahan pula melihat idola-idola saya yang pernah guna blogspot makin ramai yang bertukar ke WP. Saya akan cuba teruskan dengan blogspot ini selagi mampu. 

Jadi mari kita sama-sama lihat pencapaian blog ini dalam usia genap 3 Bulan (untuk rujukan saya pada masa hadapan juga) 

Alexa Rank - penurunan ranking makin perlahan, mungkin saya perlu tingkatkan lagi trafik blog. Saya perlu lakukan perubahan pada blog supaya tidak terlalu bergantung pada BW dan PING blog. 



Pagerank dan pageview - Pagerank masih kekal 2/10 sejak bulan Julai yang lalu, dan Pageview masih sangat rendah berbanding blog-blog lain, purata 7ribu sebulan. Pada bulan Jun saya masih dalam proses pembinaan blog. 


SEO - Saya pernah cuba menulis artikel bagi memperoleh trafik organik dari search engine tapi masih kurang memuaskan. Selepas ini saya akan terus menulis artikel yang kurang saingan bagi mencari trafik organik seminggu 2 artikel. Saya akan fokus pada niche Fotografi. Gambar dibawah merupakan 10 keyword pilihan dari 8 Ogos - 4 September sumber dari Nuffnang. 


Makin seronok menulis blog, saya masih mahu kekalkan blog ini sebagai blog pribadi dan akan selitkan beberapa artikel bagi tujuan menguji keberkesanan SEO yang saya masih belajar dan terus belajar. Orang kata tak habis belajar SEO ni. 

Natikan Giveaway pertama dari saya tidak lama lagi. Agak-agak dapat sambutan tak? anda suka Malaysia?

Comments

Popular posts from this blog

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka. 1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke? -Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah 2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang. -Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..." 3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos. -Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntuta...

PJM - Pingat Jasa Masyarakat

Tumpang gembira, semalam 11 Julai 2011 ayah saya, Mohd Rosli Bin Mohd Diah telah dikurniakan / dianugerahkan Pingat Jasa Masyarakat (PJM) oleh TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG, TUN DATO' SERI UTAMA (DR) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS sempena hari jadi yang ke-73 (9 Julai 2011). Walaupun tidak membawa apa-apa gelaran tapi saya yakin ayah saya gembira dengan penghormatan yang diberikan setelah lebih 30tahun melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Semoga penganugerahan ini menaikkan lagi semangat beliau untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.  Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. (Gambar dari Buku Istiadat Penganugerahan) Hehe tapi ayah saya dah dapat gelaran datuk tahun lepas 31 Oktober 2010 sempena kelahiran cucu sulung beliau Damia Maisarah binti Mohd Muktasim. Gambar-gambar di bawah ini dirakam oleh Nurulhuda kerana saya kerja sebelah pagi.  Saya pula tak pernah nak mimpi semua ni sebab memang tak ada berbakti untuk sesiapa pun, mengaja...

Muaz Faris dan Google Adsense

Memandangkan saya juga merupakan pengguna google adsense jadi saya rasa saya sangat berminat untuk mendapatkan buku ini. Kalau tak dapat dari giveaway ni pun saya akan pergi cari di popular atau MPH. Tapi kalau dapat dari Muaz Faris lagi bagus la.  Walaupun saya tidak pernah cash out duit dari google adsense tetapi saya yakin ianya bakal berlaku dalam tahun hadapan, 100USD = rm300.00 ++ insyallah saya juga boleh seperti orang lain. Mungkin tak banyak tapi biar kecil asalkan berhasil. Yang lain nak join tak giveaway ni? kalau sempat la kan sebab hari ini merupakan hari terakhir. “ Giveaway Buku Google Adsense adalah anjuran Muaz Faris . Jemput follow Twitter @muazfaris untuk perkembangan terkini.”