Skip to main content

Tips Perniagaan Saiful Nang

Saya ingin kongsikan apa yang ditulis oleh Saiful Nang sendiri di Fanpage FB Saiful Nang. Mungkin ada yang belum kenal siapa Saiful Nang. Saiful Nang boleh dikatakan anak melayu yang paling berjaya dalam industri Jurugambar Perkahwinan di Malaysia. Nak kenal lebih lanjut dan melihat hasil kerja Saiful Nang boleh ke laman sesawang Candid Syndrome atau SNFC di facebook. 




Gambar semasa Seminar Halatuju Perniagaan dan Pembangunan Kerjaya Fotografi di USM Penang

Tips Perniagaan 1 : 5 tahun pertama seperti benih yg baru ditanam, hanya bertunas dan menjulang hanya satu batang. Bila akar bercambah banyak, batang mula jadi tinggi dan kuat dan tempoh ini masih belum berdahan. FOKUS pada satu dahulu krn 80% perniagaan gagal pd 5 tahun prtama krn tiada fokus.

Tips Perniagaan 2 : 5 tahun berikutnya ialah fasa bercambah. Pokok sudah mula berdahan tetapi semuanya masih kecil. Rintislah semua kemungkinan untuk perniagaan anda berkembang dalam nature (pokok) yang sama. Ramai gagal dlm fasa ini bila mereka cuba buat perkara lain (pokok kecil tak boleh di tunaskan) nanti mati.

Tips Perniagaan 3 : 5 tahun berikutnya adalah fasa setiap dahan mengeluarkan buah. Fasa ini, anda boleh gunakan buah-buah itu utk dijual, utk anda makan hasilnya, untuk anda semai ditempat lain atau anda kacukkan bakanya atau anda beli benih pokok lain dari hasil pokok ini.

Tips Perniagaan 4 : 5 tahun berikutnya, anda sudah memiliki satu pokok induk dan ratusan pokok-pokok lain. Anda tunggu lagi 10 tahun, anda ada banyak dusun-dusun yang anda tak habis nak makan sorang. 

Tips Perniagaan 5 : Dalam pengurusan syarikat, kita sering cenderung memberi perhatian kepada projek-projek besar sahaja sementara kebanyakan perniagaan hebat di dunia menguruskan projek-projek kecil seperti menjual ayam goreng pada harga RM9.00 sepinggan tetapi 500,000,000 org beli sehari di seluruh dunia.

Tips Perniagaan 6 : Apapun yang terjadi dalam organisasi anda, pastikan anda tanamkan dalam kotak fikir anda bawaha tiada orang lain yang indispensable berbanding anda. Dengan cara itu, anda tidak kalau dengan politik organisasi sekalipun keseluruhan ahli organisasi anda meletak jawatan serentak. Ingat kembali semasa anda mula-mula hanya seorang sahaja dan anda lakukannya sehingga jadi ramai. Anda boleh lakukan lebih baik dan cepat utk kali ke-2

Mana yang baik dan sesuai dengan kita jadikan panduan yang mana rasa kurang sesuai buang jauh-jauh. Selamat beramal...


Comments

Popular posts from this blog

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka. 1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke? -Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah 2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang. -Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..." 3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos. -Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntuta...

PJM - Pingat Jasa Masyarakat

Tumpang gembira, semalam 11 Julai 2011 ayah saya, Mohd Rosli Bin Mohd Diah telah dikurniakan / dianugerahkan Pingat Jasa Masyarakat (PJM) oleh TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG, TUN DATO' SERI UTAMA (DR) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS sempena hari jadi yang ke-73 (9 Julai 2011). Walaupun tidak membawa apa-apa gelaran tapi saya yakin ayah saya gembira dengan penghormatan yang diberikan setelah lebih 30tahun melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Semoga penganugerahan ini menaikkan lagi semangat beliau untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.  Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. (Gambar dari Buku Istiadat Penganugerahan) Hehe tapi ayah saya dah dapat gelaran datuk tahun lepas 31 Oktober 2010 sempena kelahiran cucu sulung beliau Damia Maisarah binti Mohd Muktasim. Gambar-gambar di bawah ini dirakam oleh Nurulhuda kerana saya kerja sebelah pagi.  Saya pula tak pernah nak mimpi semua ni sebab memang tak ada berbakti untuk sesiapa pun, mengaja...

Muaz Faris dan Google Adsense

Memandangkan saya juga merupakan pengguna google adsense jadi saya rasa saya sangat berminat untuk mendapatkan buku ini. Kalau tak dapat dari giveaway ni pun saya akan pergi cari di popular atau MPH. Tapi kalau dapat dari Muaz Faris lagi bagus la.  Walaupun saya tidak pernah cash out duit dari google adsense tetapi saya yakin ianya bakal berlaku dalam tahun hadapan, 100USD = rm300.00 ++ insyallah saya juga boleh seperti orang lain. Mungkin tak banyak tapi biar kecil asalkan berhasil. Yang lain nak join tak giveaway ni? kalau sempat la kan sebab hari ini merupakan hari terakhir. “ Giveaway Buku Google Adsense adalah anjuran Muaz Faris . Jemput follow Twitter @muazfaris untuk perkembangan terkini.”