Seperti tahun-tahun sebelum ini Penang Flickr tidak pernah ketinggalan menganjurkan Outing Ramadhan. Outing Ramadhan juga merupakan sejarah bagi saya dimana kali pertama saya join Outing Penang Flickr adalah pada Outing Ramadhan 2009. Itu lah kali pertama saya bersua dengan rakan-rakan Penang Flickr yang hari ini bagaikan satu keluarga. Dibawah ini merupakan gambar group photo bagi Outing Ramadhan pada tahun 2009 dan 2010.
Jadi rakan-rakan di Penang yang free 21 Ogos ni boleh la join outing kali ini ikut tentatif yang ada pada banner diatas. Jumpa di Masjid Bayan Baru, shoot street dalam bazar ramadhan, beli juadah berbuka (masing-masing beli untuk berbuka), kemudian bertolak ke bukit penara (puncak bukit - jalan baru ke Balik Pulau), shoot sunset dan berbuka bila masuk waktu dengan apa yang dibeli di bazar ramadhan, kemudian bersurai untuk solat Mahgrib, Insyallah...
Comments
Post a Comment