Saya yakin ramai yang tahu tentang Manga One Piece atau di Malaysia dalam edisi bahasa melayu dikenali dengan nama Budak Getah. Pada saya inilah manga terbaik di Dunia, yang menariknya kalau dulu Dragon Ball / Mutiara Naga tamat pada episod 520 tetapi One Piece masih di pertengahan cerita pada episod 634 yang baru keluar semalam (3 Ogos 2011). Dari di bangku sekolah hinggalah sekarang sudah 5 tahun menjadi guru sekolah masih belum tamat siri manga ini. Jika ada yang berminat untuk membaca manga jepun yang sangat menarik ini boleh baca di http://mangastream.com/
Saya memang pengemar komik dan anime tetapi atas sebab kekangan masa saya sudah pun berhenti membaca banyak komik dan tidak lagi download anime kerana kekangan masa. Apa pun saya tetap tidak sabar menunggu kesudahan cerita One Piece.
Website : http://cmratu.com/
Flickr : http://www.flickr.com/photos/cmratu
Comments
Post a Comment