Skip to main content

Lagu Raya

Hari ini saja nak cerita tentang lagu raya. Semalam saya keluar dengan isteri carikan pampers untuk anak, biasa beli masa promosi. Kalau murah tu beli 2 atau 3 pek sekali. Tapi sekarang ni tak ada promosi kena la survey. Jadi masa survey tu tiap-tiap kedai dan supermarket yang saya singgah tu mesti pasang lagu raya. Rasanya baru sangat berpuasa, semalam baru hari ke 11. Mungkin di Malaysia ni tak sah Hari Raya tanpa lagu raya

Ramai yang kata lagu raya yang baru-baru semua tak best. Betul ke? Tahun 2011 ada tak lagu raya yang baru? mesti la ada lagu raya baru setiap tahun. Cuba google lagu raya 2011, kan banyak. Tapi tak mungkin setanding lagu raya yang lama, yang kita dah dengar sejak lahir ke dunia ni (saya muda lagi ). Saya tak rasa semua lagu raya yang baru ni tak bagus cuma kurang di perdengarkan di radio atau television. Biasanya lagu ni jadi sedap bila dengar selalu, ambil contoh lagu tema bagi drama tv, sekejap je top lagu tu. 

Saya ambil contoh lagu raya yang tidak terlalu lama seperti 'Nazam Lebaran' nyayian Dato' Siti Norhaliza.  Kalau dah Dato' Siti Nurhaliza yang menyanyi kira baru la lagi kan. Saya rasa lagu 'Nazam Lebaran' juga antara lagu raya yang top sekarang ni. Ini bermakna lagu raya yang baru sekarang ni bukan tak bagus cuma kurang diperdegarkan. Saya tidak nafikan ada lagu yang betul-betul hebat hinggakan cukup sekali kita dengar dah jatuh hati. Tapi tak banyak la lagu raya macam tu.

Zaman sekarang susah nak jumpa orang beli CD/DVD lagu raya. Semua download ja. Saya pun macam tu juga. Dulu siap beli Kaset Lagu nak pasang dalam kereta masa balik kampung. Tapi zaman sekarang semua degan MP3 Player ja. 

Apa lagu raya pilihan anda? saya dari dahulu hingga sekarang lagu 'Dendang Perantau' nyayian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee menjadi pilihan. Rasa macam bukan hari raya bila tak dengar lagu 'Dendang Perantau'. 

Banyak lagi sebenarnya lagu raya yang mendatangkan mood raya antaranya 'Seloka Hari Raya' nyayian Uji Rasyid dan Hail Amir, 'Menjelang Hari Raya' nyayian DJ Dave, 'Satu Hari Di Hari Raya' nyanyian M. Nasir dan banyak lagi...

Nak download lagu-lagu raya yang best sepanjang zaman jom terjah blog nescafeais.com. Nak menang duit raya terjah SINI plak.. :)




Gambar hiasan dari Diari Ramadhan 1431H (Tahun Lepas)

Comments

Popular posts from this blog

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka. 1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke? -Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah 2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang. -Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..." 3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos. -Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntuta...

PJM - Pingat Jasa Masyarakat

Tumpang gembira, semalam 11 Julai 2011 ayah saya, Mohd Rosli Bin Mohd Diah telah dikurniakan / dianugerahkan Pingat Jasa Masyarakat (PJM) oleh TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG, TUN DATO' SERI UTAMA (DR) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS sempena hari jadi yang ke-73 (9 Julai 2011). Walaupun tidak membawa apa-apa gelaran tapi saya yakin ayah saya gembira dengan penghormatan yang diberikan setelah lebih 30tahun melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Semoga penganugerahan ini menaikkan lagi semangat beliau untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.  Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. (Gambar dari Buku Istiadat Penganugerahan) Hehe tapi ayah saya dah dapat gelaran datuk tahun lepas 31 Oktober 2010 sempena kelahiran cucu sulung beliau Damia Maisarah binti Mohd Muktasim. Gambar-gambar di bawah ini dirakam oleh Nurulhuda kerana saya kerja sebelah pagi.  Saya pula tak pernah nak mimpi semua ni sebab memang tak ada berbakti untuk sesiapa pun, mengaja...

Muaz Faris dan Google Adsense

Memandangkan saya juga merupakan pengguna google adsense jadi saya rasa saya sangat berminat untuk mendapatkan buku ini. Kalau tak dapat dari giveaway ni pun saya akan pergi cari di popular atau MPH. Tapi kalau dapat dari Muaz Faris lagi bagus la.  Walaupun saya tidak pernah cash out duit dari google adsense tetapi saya yakin ianya bakal berlaku dalam tahun hadapan, 100USD = rm300.00 ++ insyallah saya juga boleh seperti orang lain. Mungkin tak banyak tapi biar kecil asalkan berhasil. Yang lain nak join tak giveaway ni? kalau sempat la kan sebab hari ini merupakan hari terakhir. “ Giveaway Buku Google Adsense adalah anjuran Muaz Faris . Jemput follow Twitter @muazfaris untuk perkembangan terkini.”