Skip to main content

Kerja di Bengkel

Kali ini betul-betul pribadi, tak payah la baca kalau rasa tak berkenaan.. ni la jadinya bila ada mood nak menulis..hehe..

Kali ini nak cerita tentang kerja saya di sekolah sebagai guru mata pelajaran Rekacipta. Subjek yang saya lansung tak sangka hari ini merupakan subjek yang perlu saya ajar mungkin sampai bila-bila selagi sabjek ini wujud. Major di Maktab Perguruan Teknik adalah Tek. Binaan Bangunan tetapi akibat masalah penempatan batch saya semuanya ditempatkan di sekolah harian biasa. Saya bertuah kerana saya ditempatkan di sekolah menengah yang paling hampir dengan rumah saya. Dan bermula dari itulah saya mengantikan seorang guru yang cuti bersalin dan guru itu mengajar mata pelajaran Rekacipta. Selepas guru tersebut masuk semula saya terpaksa pergi ke sebelah petang mengajar tingkatan 1 dan 2 sebelum saya di arahkan mengajar sesi pagi semula menyambung ajar mata pelajaran Reka Cipta hinggalah hari ini hampir 5 tahun saya mengajar mata pelajaran ini. 


Gambar hiasan je shoot tadi. Sebenarnya saya kurang gunakan besi dalam projek pelajar tapi lebih banyak gunakan kayu dan paip kerana saya lebih mahir menggunakan mesin-mesin berkaitan kayu. Hampir semua mesin kayu di maktab saya pernah gunakan, dan tak banyak bezanya mesin di maktab dengan di bangkel membuat prabot di SMK Raja Tun Uda. 

Saya perlu banyak belajar berkaitan mata pelajaran ini dan yang paling penting adalah pengurusan masa dalam pembinaan Folio dan Projek Rekacipta. Hasil untuk tahun ini kurang dari segi kuantiti tapi ada peningkatan dari segi kualiti. Jadi sekarang ini perlu fokus kepada kertas 1 iaitu peperiksaan SPM. Saya kena fikir cara terbaik bagi memastikan setiap pelajar mampu menjawab soalan kertas 1 dengan baik. 

Berusaha.....MUKTASIM KAMU BOLEH LAKUKAN...




Comments

Popular posts from this blog

PJM - Pingat Jasa Masyarakat

Tumpang gembira, semalam 11 Julai 2011 ayah saya, Mohd Rosli Bin Mohd Diah telah dikurniakan / dianugerahkan Pingat Jasa Masyarakat (PJM) oleh TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG, TUN DATO' SERI UTAMA (DR) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS sempena hari jadi yang ke-73 (9 Julai 2011). Walaupun tidak membawa apa-apa gelaran tapi saya yakin ayah saya gembira dengan penghormatan yang diberikan setelah lebih 30tahun melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Semoga penganugerahan ini menaikkan lagi semangat beliau untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.  Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. (Gambar dari Buku Istiadat Penganugerahan) Hehe tapi ayah saya dah dapat gelaran datuk tahun lepas 31 Oktober 2010 sempena kelahiran cucu sulung beliau Damia Maisarah binti Mohd Muktasim. Gambar-gambar di bawah ini dirakam oleh Nurulhuda kerana saya kerja sebelah pagi.  Saya pula tak pernah nak mimpi semua ni sebab memang tak ada berbakti untuk sesiapa pun, mengaja...

Wordless Wednesday #2

P14G PALING SEMPOI, MESTI CUBA Website :  http://cmratu.com/ Flickr :  http://www.flickr .com/photos/cmratu TOYOTA ROAD SHOW HOTLINK VOTE BLOGGER

Update - Majlis Bertandang Johan & Farah AF2

Lagi update untuk hari ini.. Pelamin -  SOFI BRIDAL OP -  MyStepped Production Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas Patung perempuan untuk kek majlis ini memakai tudung Kompang - dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PSSCM-CPP) En. Aziz Desa, Juruacara majlis hari ini Bacaan doa oleh Cikgu Ismail Sofi - Pemilik Sofi Bridal bersama pengantin (banyak kamera, mata semua ke lain, minta maaf ) -  Teaser : Johan dan Farah AF2 NANTIKAN LAGI UPDATE AKAN DATANG Website :  http://cmratu.com/ Flickr :  http://www.flickr .com/photos/cmratu Tune Talk promosi mesti try tengok Iphone 4 paling murah di pasaran