Skip to main content

Diari Ramadhan 1432 | Day 18

Hari ke-18 Ramadhan saya berbuka di SMK Raja Tun Uda, sebab ada majlis berbuka dan Solat Tarawikh. Ramai yang datang tapi tidak la seramai tahun lepas. Tahun lepas Imam Muda Asyraf yang hadir untuk program berbuka dan Solat Tarawikh. 


Kali ini Imam Solat Tarawikh Ustaz Lutfi yang baru sahaja bulan 6 bertukar ke SMK Bakti. Dan dalam gambar ini merupakan penceramah yang dijemput bagi memberi sedikit taskirah selepas Solat Mahgrib. Tak ingat pula nama ustaz ni, pegawai JPNPP bahagian dakwah. Tajuk taskirah "Mukjizak Al-Quran". Menarik sangat cara taskirah ustaz ni. Tak mengantuk para pelajar yang hadir. 

Antara perkongsian taskirah yang saya ingin kongsikan, manusia hari ini makin melupakan Al-Quran sedangkan Al-Quran merupakan Mukjizat yang paling hebat. Kalau hari ini kita ada tongkat Nabi Musa pasti kita akan jaga dengan baik kerana kita tahu tongkat Nabi Musa merupakan Mukjizat yang mampu membelah lautan. Tapi kita lupa bahawa Al-Quran lebih hebat dari itu. Jadi sama-samalah kita membaca dan mempelajari maksud yang terkandung dalam Al-Quran.




Day 1| Day 2 | Day 3 | Day 4 | Day 5 | Day 6 | Day 7 | Day 8 | Day 9 | Day 10 | Day 11 | Day 12 | Day 13 | Day 14 | Day 15 | Day 16 | Day 17

Blogger yang turut serta Diari Ramadhan
4. Fakry
5. Assraf
7. AJ 
8. Azim

Comments

Popular posts from this blog

PJM - Pingat Jasa Masyarakat

Tumpang gembira, semalam 11 Julai 2011 ayah saya, Mohd Rosli Bin Mohd Diah telah dikurniakan / dianugerahkan Pingat Jasa Masyarakat (PJM) oleh TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG, TUN DATO' SERI UTAMA (DR) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS sempena hari jadi yang ke-73 (9 Julai 2011). Walaupun tidak membawa apa-apa gelaran tapi saya yakin ayah saya gembira dengan penghormatan yang diberikan setelah lebih 30tahun melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Semoga penganugerahan ini menaikkan lagi semangat beliau untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.  Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. (Gambar dari Buku Istiadat Penganugerahan) Hehe tapi ayah saya dah dapat gelaran datuk tahun lepas 31 Oktober 2010 sempena kelahiran cucu sulung beliau Damia Maisarah binti Mohd Muktasim. Gambar-gambar di bawah ini dirakam oleh Nurulhuda kerana saya kerja sebelah pagi.  Saya pula tak pernah nak mimpi semua ni sebab memang tak ada berbakti untuk sesiapa pun, mengaja...

Wordless Wednesday #2

P14G PALING SEMPOI, MESTI CUBA Website :  http://cmratu.com/ Flickr :  http://www.flickr .com/photos/cmratu TOYOTA ROAD SHOW HOTLINK VOTE BLOGGER

Update - Majlis Bertandang Johan & Farah AF2

Lagi update untuk hari ini.. Pelamin -  SOFI BRIDAL OP -  MyStepped Production Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas Patung perempuan untuk kek majlis ini memakai tudung Kompang - dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PSSCM-CPP) En. Aziz Desa, Juruacara majlis hari ini Bacaan doa oleh Cikgu Ismail Sofi - Pemilik Sofi Bridal bersama pengantin (banyak kamera, mata semua ke lain, minta maaf ) -  Teaser : Johan dan Farah AF2 NANTIKAN LAGI UPDATE AKAN DATANG Website :  http://cmratu.com/ Flickr :  http://www.flickr .com/photos/cmratu Tune Talk promosi mesti try tengok Iphone 4 paling murah di pasaran