Skip to main content

Review Samyang 8mm f/3.5 fisheye

Setelah 3 hari menggunakan lens Samyang 8mm f/3.5 fisheye, saya ingin kongsikan apa yang saya rasa. Sekali lagi saya ingatkan ini adalah pendapat dan pandangan saya terhadap lens ini selepas 3 hari menggunakannya. Saya menggunakan lens ini bersama kamera Nikon D7000. Untuk pengetahuan (bagi yang belum tahu) lens ini menggunakan manual fokus sepenuhnya dan aperture juga di kawal di lens. Ini antara contoh gambar Pernikahan Iftitah & Fina dan Persandingan Zharif & Shaz. 




 Gambar dibawah ini telah di crop

Pada pandangan saya lens ini masih sesuai digunakkan bagi mengambil gambar kahwin cuma manual fokus membuatkan kita sukar merakam subjek bergerak dengan sharp. Tetapi untuk gambar statik (tidak bergerak) rasanya memang tidak ada masalah. Cuma kita kena ingat gambar fisheye akan menyebabkan 'distortion' melampau (memang efek dia macam tu) dan boleh merosakkan gambar jika disalahguna. Bagi memastikan muka (ini yang pengantin suka tengok) tidak mengalami 'distortion' yang teruk dan mencacatkan, maka pastikan ianya berada di tengah-tengah. Satu lagi agak kurang sesuai bila terlalu banyak gambar Ultra Wide Angle (UWA) atau Fisheye dalam satu-satu album perkahwinan. 

Bagi gambar landscape pula, rasanya lens ni memang terbaik dan sangat2 berbaloi dengan harganya yang murah berbanding UWA dan Fisheye lens yang lain. Rasanya tidak ada masalah manual fokus bila menggunakan aperture f22. Saya tak ada kesempatan untuk guna slow shutter (SS) semasa sunset tapi sempat la SS di tengah pekan dengan ISO 100. 


Harga pasaran kalau tak salah RM1000 - RM1100 jadi pada saya sangat berbaloi. Cuma saya belum bersedia untuk memilikinya sendiri kerana ada 'wish list' tahun 2011 yang belum dapat lagi. Jadi mesti fokus pada 'wish list' dulu. Saya cuma kongsikan apa yang saya rasakan. Kalau salah tolong tegur. Saya budak baru belajar.




Comments

  1. sangat lawa...
    fyna pun teringin gak angkat fish eye nih.
    :)

    ReplyDelete
  2. sapa punya mata ikan nih????

    ReplyDelete
  3. dila - murah ja ni.. silap2 tak sampai rm1000
    Fyna - beli jgn x beli.. berbaloi dgn harga..
    sepol - student tun uda punya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka. 1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke? -Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah 2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang. -Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..." 3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos. -Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntuta...

PJM - Pingat Jasa Masyarakat

Tumpang gembira, semalam 11 Julai 2011 ayah saya, Mohd Rosli Bin Mohd Diah telah dikurniakan / dianugerahkan Pingat Jasa Masyarakat (PJM) oleh TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG, TUN DATO' SERI UTAMA (DR) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS sempena hari jadi yang ke-73 (9 Julai 2011). Walaupun tidak membawa apa-apa gelaran tapi saya yakin ayah saya gembira dengan penghormatan yang diberikan setelah lebih 30tahun melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Semoga penganugerahan ini menaikkan lagi semangat beliau untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.  Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. (Gambar dari Buku Istiadat Penganugerahan) Hehe tapi ayah saya dah dapat gelaran datuk tahun lepas 31 Oktober 2010 sempena kelahiran cucu sulung beliau Damia Maisarah binti Mohd Muktasim. Gambar-gambar di bawah ini dirakam oleh Nurulhuda kerana saya kerja sebelah pagi.  Saya pula tak pernah nak mimpi semua ni sebab memang tak ada berbakti untuk sesiapa pun, mengaja...

Muaz Faris dan Google Adsense

Memandangkan saya juga merupakan pengguna google adsense jadi saya rasa saya sangat berminat untuk mendapatkan buku ini. Kalau tak dapat dari giveaway ni pun saya akan pergi cari di popular atau MPH. Tapi kalau dapat dari Muaz Faris lagi bagus la.  Walaupun saya tidak pernah cash out duit dari google adsense tetapi saya yakin ianya bakal berlaku dalam tahun hadapan, 100USD = rm300.00 ++ insyallah saya juga boleh seperti orang lain. Mungkin tak banyak tapi biar kecil asalkan berhasil. Yang lain nak join tak giveaway ni? kalau sempat la kan sebab hari ini merupakan hari terakhir. “ Giveaway Buku Google Adsense adalah anjuran Muaz Faris . Jemput follow Twitter @muazfaris untuk perkembangan terkini.”