Skip to main content

Prinsip Hidup

Setiap orang pasti ada prinsip hidup masing-masing. Saya juga begitu. Saya memegang dua prinsip dalam hidup saya dan mungkin ada yang  mengketogorikan prinsip seorang penakut. Tapi saya tidak peduli apa orang nak kata kerana memang sikap saya yang takut ini tidak akan menyusahkan orang dan diri saya sendiri. Ini merupakan prinsip hidup saya :

1. Jangan terbang terlalu tinggi, jatuh pasti parah
- ini yang saya katakan.. saya dari sekolah lagi tidak suka mengharap. Saya tidak mahu kecewa dengan apa yang saya harapkan. Tapi ingat tidak mengharap bukan bermaksud tidak perlu berusaha. Saya sentiasa berusaha untuk buat yang terbaik. Tambah-tambah apa yang saya minat. Saya bahagia dengan prinsip ini kerana saya jarang kecewa.

2. Biar kecil asalkan berhasil
- prinsip hidup ini pula saya dapat dari sebuah buku tulisan Chef Li " Menjejak jutawan senyap" . Saya baca semasa saya berada di Maktab Perguruan Teknik dan sampai hari ini saya letakkannya sebagai prinsip hidup saya. Saya percaya setiap yang besar bermula dari kecil. Dan kecil itu subjektif, pada mata seorang yang kaya nilai kecilnya pasti tidak sama dengan orang biasa-biasa.

Saya harap setiap kita ada prinsip hidup masing-masing supaya hidup ini lebih bermakna.


Sekadar kongsi : Gambar job pertama dengan D40 kit lens 18-55mm, pertunangan Munirah dan Muzammir 20 Disember 2008. 

Comments

  1. aku suka tulisan kali ni...

    ReplyDelete
  2. dulu badan aku kecik aja..la dah besaq,aku keciwa..

    ReplyDelete
  3. haha.. thanks SA.. AJ jgn kecewa.. kira betul aku tulis.. semua yg besar bermula dari kecil.. :p

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka. 1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke? -Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah 2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang. -Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..." 3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos. -Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntuta...

Update - Majlis Bertandang Johan & Farah AF2

Lagi update untuk hari ini.. Pelamin -  SOFI BRIDAL OP -  MyStepped Production Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas Patung perempuan untuk kek majlis ini memakai tudung Kompang - dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PSSCM-CPP) En. Aziz Desa, Juruacara majlis hari ini Bacaan doa oleh Cikgu Ismail Sofi - Pemilik Sofi Bridal bersama pengantin (banyak kamera, mata semua ke lain, minta maaf ) -  Teaser : Johan dan Farah AF2 NANTIKAN LAGI UPDATE AKAN DATANG Website :  http://cmratu.com/ Flickr :  http://www.flickr .com/photos/cmratu Tune Talk promosi mesti try tengok Iphone 4 paling murah di pasaran

Wordless Wednesday #16

Original kreatif blur dari kamera. Edit Black and white di Photoshop.