Skip to main content

Pentingnya portfolio

Sekadar pandangan peribadi saya bila menyentuh mengenai portfolio dalam perkhidmatan fotografi. Saya berpendapat bahawa portfolio amat-amat penting bagi meyakinkan pelanggan bagi memilih kita sebagai "official photographer" (OP) untuk majlis berbahagia mereka. Portfolio (Utama) boleh terbahagi pada 2 jenis iaitu dari segi digital dan fizikal. Setiap orang pasti mahu menilai hasil kerja jurugambar yang bakal dipilihnya sebelum membuat keputusan. Rasanya tidak ada orang (yang mampu) yang berani mempertaruhkan memori hari bahagia yang mungkin sekali seumur hidup dengan mengambil jurugambar yang pertama kali mengambil gambar perkahwinan. 

Portfolio Digital
Dunia moden hari ini hampir semua orang di Malaysia memiliki komputer dan internet. Penggunaan laman web dan blog menjadi pilihan utama bagi dijadikan portfolio digital. Saya menggunakan www.cmratu.com sebagai portfolio digital saya. Ada yang hanya letakkan gambar terbaik bagi setiap majlis dan ada juga yang letakkan semua gambar yang diambil. Itu semua terpulang kepada strategi masing-masing. 

Portfolio Fizikal 
Portfolio fizikal adalah album nyata yang boleh disentuh dan dipegang. Saya juga menggunakan portfolio jenis ini dan ternyata lebih mudah dan berkesan dalam proses meyakinkan pelanggan. Pelanggan dapat lihat, sentuh dan rasa kualiti album dengan cara fizikal. Pasti tidak sama dengan hanya melihat dalam blog atau laman web. Sebab itu kita lihat ramai yang tidak meletakkan harga pakej dan lebih suka untuk berjumpa bagi membincangkan harga pakej dan melihat album terlebih dahulu. 

Walaupun saya tidak membuat perkhidmatan jurugambar perkahwinan ini secara sirius tetapi saya sentiasa cuba buat yang terbaik bagi kepuasan pelanggan kerana saya suka ambil gambar.

Contoh Reka Bentuk/Design Custom Album (Leather Cover)

Inilah salah satu portfolio fizikal (album kahwin sendiri) bagi custom album yang saya gunakan ketika berjumpa pelanggan.

Comments

  1. ...best2...very informative...

    ReplyDelete
  2. Best bro...portfolio nih mmg penting untuk memberi kepercayaan kepada pelanggan...salah satu portfolio yang akan diguna pakai iaitu "kita punya dulu.."..aku pun masih baru dah belum menghadapi situasi shoot wedding...hope kita boleh berkongsi ilmu...tq

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PJM - Pingat Jasa Masyarakat

Tumpang gembira, semalam 11 Julai 2011 ayah saya, Mohd Rosli Bin Mohd Diah telah dikurniakan / dianugerahkan Pingat Jasa Masyarakat (PJM) oleh TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG, TUN DATO' SERI UTAMA (DR) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS sempena hari jadi yang ke-73 (9 Julai 2011). Walaupun tidak membawa apa-apa gelaran tapi saya yakin ayah saya gembira dengan penghormatan yang diberikan setelah lebih 30tahun melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Semoga penganugerahan ini menaikkan lagi semangat beliau untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.  Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. (Gambar dari Buku Istiadat Penganugerahan) Hehe tapi ayah saya dah dapat gelaran datuk tahun lepas 31 Oktober 2010 sempena kelahiran cucu sulung beliau Damia Maisarah binti Mohd Muktasim. Gambar-gambar di bawah ini dirakam oleh Nurulhuda kerana saya kerja sebelah pagi.  Saya pula tak pernah nak mimpi semua ni sebab memang tak ada berbakti untuk sesiapa pun, mengaja...

Jawatan Kosong : Kerja Mudah Pendapatan Lumayan

Klik pada gambar di atas untuk paparan lebih jelas. Jom la kita pakat-pakat mohon, kelulusan serta-merta ni. Tak payah bawa sijil apa pun. Insyallah saya nak jawatan ni. Nak menang hadiah? Jangan marah ya, saya jumpa dalam facebook banda baik ini dan di minta supaya kongsikan. Moga ada keinsafan dalam diri kita.  

Undang-undang Pengakap

Sebelum ni ada saya update mengenai Logo Pengakap Malaysia , Logo Pengakap Dunia dan  Persetiaan Pengakap . Isi ke tiga dalam persetiaan pengakap adalah menurut undang-undang pengakap. Ini ringkasan undang-undang pengakap yang juga boleh dijadikan lagu. Dipercayai  Taat Berguna Bersaudara Berbudi Kasihkan Binatang Menurut Perintah Tabah Hati Berjimat Suci Fikiran, Suci Perkataan dan Suci Perbuatan. UNDANG-UNDANG PENGAKAP Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya ( Dipercayai ) Pengakap adalah seorang yang taat kepada yang Dipertuan Agong serta Raja-Raja dan kepada pemimpin-pemimpin pengakap, ibubapa, majikannya dan orang-orang bawahannya ( Taat ) Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa ( Berguna ) Pengakap adalah bersahabat kepada sekelian orang dan bersaudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agama sekalipun ( Bersaudara ) Pengakap adalah baik dan sempurna budi pekertinya...