Skip to main content

Mencari kelainan..

Pada yang telah baca entry Prinsip Hidup pasti tahu bahawa saya ini seorang saya tidak berani mencuba. Tapi hari ini saya ingin mencuba sesuatu yang baru dari kebiasaan saya. Saya tidak suka pada 'extreme editing' kerana takut nampak cacat atau pelik. Bukan saya tidak pernah mencuba tapi tidak pernah upload. Jadi kali ini saya upload sekeping 'teaser' untuk post wedding Maszlin dan Sukri. Gambar-gambar lain untuk post wedding pasangan ini lewat sikit saya upload nanti.

Tarikh : 17 Jun 2011
Tempat : Taman Botani Pulau Pinang
Jurugambar : Muktasim
Pegang Flash : Nurulhuda
Editing : Muktasim (PS CS5) IR alike (yg x berapa nak jadi)
Gajet : D7000 + 18-70mm + SB900


Nak kata original pun tidak yang bawah ni.. 


Comments

  1. ...nice concepts bro...compo pun best...subject pun best...tp camne nk ckp ek...colour mcm xmnarik sgt lar...langit tu dh mcm pelik dh kaler...just my opinion...

    ReplyDelete
  2. aku rasa ir biaq sampai warna daun jadi putih mus...lagi sempoi kesan dia

    keh keh keh... aku pernah cuba guna lightroom..tapi main hentam ja la....ekekeke

    ReplyDelete
  3. hehe.. thanks kepada yang sudi komen.. tu la pentingnya asas.. nak invest utk pi kelas editing plak lepas ni.. bila edit tanpa asas ini la jadinya..

    ReplyDelete
  4. kaler langit gmbr 1st tu mcm tak sesuai je.hikhikhik.apa2pun that was nice picture.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PJM - Pingat Jasa Masyarakat

Tumpang gembira, semalam 11 Julai 2011 ayah saya, Mohd Rosli Bin Mohd Diah telah dikurniakan / dianugerahkan Pingat Jasa Masyarakat (PJM) oleh TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG, TUN DATO' SERI UTAMA (DR) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS sempena hari jadi yang ke-73 (9 Julai 2011). Walaupun tidak membawa apa-apa gelaran tapi saya yakin ayah saya gembira dengan penghormatan yang diberikan setelah lebih 30tahun melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Semoga penganugerahan ini menaikkan lagi semangat beliau untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.  Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. (Gambar dari Buku Istiadat Penganugerahan) Hehe tapi ayah saya dah dapat gelaran datuk tahun lepas 31 Oktober 2010 sempena kelahiran cucu sulung beliau Damia Maisarah binti Mohd Muktasim. Gambar-gambar di bawah ini dirakam oleh Nurulhuda kerana saya kerja sebelah pagi.  Saya pula tak pernah nak mimpi semua ni sebab memang tak ada berbakti untuk sesiapa pun, mengaja...

Jawatan Kosong : Kerja Mudah Pendapatan Lumayan

Klik pada gambar di atas untuk paparan lebih jelas. Jom la kita pakat-pakat mohon, kelulusan serta-merta ni. Tak payah bawa sijil apa pun. Insyallah saya nak jawatan ni. Nak menang hadiah? Jangan marah ya, saya jumpa dalam facebook banda baik ini dan di minta supaya kongsikan. Moga ada keinsafan dalam diri kita.  

Undang-undang Pengakap

Sebelum ni ada saya update mengenai Logo Pengakap Malaysia , Logo Pengakap Dunia dan  Persetiaan Pengakap . Isi ke tiga dalam persetiaan pengakap adalah menurut undang-undang pengakap. Ini ringkasan undang-undang pengakap yang juga boleh dijadikan lagu. Dipercayai  Taat Berguna Bersaudara Berbudi Kasihkan Binatang Menurut Perintah Tabah Hati Berjimat Suci Fikiran, Suci Perkataan dan Suci Perbuatan. UNDANG-UNDANG PENGAKAP Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya ( Dipercayai ) Pengakap adalah seorang yang taat kepada yang Dipertuan Agong serta Raja-Raja dan kepada pemimpin-pemimpin pengakap, ibubapa, majikannya dan orang-orang bawahannya ( Taat ) Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa ( Berguna ) Pengakap adalah bersahabat kepada sekelian orang dan bersaudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agama sekalipun ( Bersaudara ) Pengakap adalah baik dan sempurna budi pekertinya...