Skip to main content

Kenapa perlu lebih dari seorang jurugambar?

Sekali lagi saya ingatkan apa yang saya tulis ini adalah pendangan peribadi saya atas pengalaman saya sendiri. Kalau salah harap betulkan. Niat saya hanya ingin berkongsi cerita.  Kenapa perlu 2 orang jurugambar atau lebih? Sebenarnya pertanyaan ini biasanya dari pelanggan. Kita tengok hari ini pakej-pakej fotografi banyak yang menawarkan 1 Senior Photographer, 1 Senior + 1 Junior Photographer, 2 Senior Photographer DLL. Senior Photographer bermaksud jurugambar yang berpengalaman dan Junior Photographer pula adalah baru yang kurang pengalaman. Saya senaraikan antara kelebihan mengambil pakej lebih dari satu jurugambar :

1. Sudut / angle
Dari segi sudut, jurugambar boleh mengambil pelbagai sudut (mengikut bilangan jurugambar) dalam masa yang sama. Semasa sesi outdoor, posing pelamin dan posing bilik tidur masalah ini tidak timbul kerana seorang jurugambar sahaja sudah mampu mendapatkan semua sudut yang dia mahukan, tetapi jika lebih dari seorang jurugambar dapat menjimatkan masa. Tetapi semasa majlis berlansung, contohnya majlis pernikahan semasa akad, pasti jurugambar utama akan fokus pada peristiwa akad tersebut, jika seorang sahaja jurugambar itu sahaja gambar yang kita akan perolehi. Tetapi jika lebih dari seorang jurugambar pasti kita dapat peroleh dari pelbagai sudut malah mungkin juga dapat merakam reaksi pengantin perempuan semasa akad. Begitu juga dengan peristiwa-peristiwa lain seperti ketibaan pengantin, merenjis DLL.

2. Idea
Idea setiap orang pasti berbeza, dengan itu jika seorang jurugambar pasti dengan ideanya seorang tetapi bila lebih dari seorang pasti banyak idea yang boleh dikongsi dan secara tidak lansung mempelbagaikan idea.



Contoh gambar dari 2 jurugambar dengan sudut berbeza dan menjimatkan masa. 




nota kaki : Namun begitu saya sendiri masih tidak berani membuat pakej 2 jurugambar tetapi saya pasti hadir dengan 2 jurugambar atau lebih jika tidak ada halangan. Tetapi jika ada yang berminat untuk dapatkan lebih dari seorang jurugambar untuk setiap pakej saya boleh maklumkan dengan tambahan yang cukup minima. 
Terima kasih tak terhingga buat isteri tercinta yang sering membantu saya dari mula penglibatan saya dalam dunia fotografi perkahwinan.

Comments

  1. aku mmg cuak buat kerja sorang2...rasa sunyi saja... wakakak

    ReplyDelete
  2. sgt berguna info ini dan harus dipraktikkan utk sesiapa yang ingin jadi wedding photographer.. keep it up bro... gogogo..

    ReplyDelete
  3. hehe.. sebelum kahwin dan mula2 penglibatan memang shoot wedding sorang2..

    ReplyDelete
  4. bang.. tag saya bang.. kawtim...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PJM - Pingat Jasa Masyarakat

Tumpang gembira, semalam 11 Julai 2011 ayah saya, Mohd Rosli Bin Mohd Diah telah dikurniakan / dianugerahkan Pingat Jasa Masyarakat (PJM) oleh TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG, TUN DATO' SERI UTAMA (DR) HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABBAS sempena hari jadi yang ke-73 (9 Julai 2011). Walaupun tidak membawa apa-apa gelaran tapi saya yakin ayah saya gembira dengan penghormatan yang diberikan setelah lebih 30tahun melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Semoga penganugerahan ini menaikkan lagi semangat beliau untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.  Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. (Gambar dari Buku Istiadat Penganugerahan) Hehe tapi ayah saya dah dapat gelaran datuk tahun lepas 31 Oktober 2010 sempena kelahiran cucu sulung beliau Damia Maisarah binti Mohd Muktasim. Gambar-gambar di bawah ini dirakam oleh Nurulhuda kerana saya kerja sebelah pagi.  Saya pula tak pernah nak mimpi semua ni sebab memang tak ada berbakti untuk sesiapa pun, mengaja...

Jawatan Kosong : Kerja Mudah Pendapatan Lumayan

Klik pada gambar di atas untuk paparan lebih jelas. Jom la kita pakat-pakat mohon, kelulusan serta-merta ni. Tak payah bawa sijil apa pun. Insyallah saya nak jawatan ni. Nak menang hadiah? Jangan marah ya, saya jumpa dalam facebook banda baik ini dan di minta supaya kongsikan. Moga ada keinsafan dalam diri kita.  

Undang-undang Pengakap

Sebelum ni ada saya update mengenai Logo Pengakap Malaysia , Logo Pengakap Dunia dan  Persetiaan Pengakap . Isi ke tiga dalam persetiaan pengakap adalah menurut undang-undang pengakap. Ini ringkasan undang-undang pengakap yang juga boleh dijadikan lagu. Dipercayai  Taat Berguna Bersaudara Berbudi Kasihkan Binatang Menurut Perintah Tabah Hati Berjimat Suci Fikiran, Suci Perkataan dan Suci Perbuatan. UNDANG-UNDANG PENGAKAP Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya ( Dipercayai ) Pengakap adalah seorang yang taat kepada yang Dipertuan Agong serta Raja-Raja dan kepada pemimpin-pemimpin pengakap, ibubapa, majikannya dan orang-orang bawahannya ( Taat ) Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa ( Berguna ) Pengakap adalah bersahabat kepada sekelian orang dan bersaudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agama sekalipun ( Bersaudara ) Pengakap adalah baik dan sempurna budi pekertinya...