Skip to main content

Posts

2012 tahunku yang kacak

Saja ja nak test tengok kalau guna blogspot macam mana pula. 2012 tahunku yang kacak ni contest SEO dan ramai juga yang join tak terkecuali blogger-blogger otai. Memandangkan blog ni dah tak aktif maka saya buat pilihan untuk join menggunakan blog jurugambar perkahwinan yang menawarkan pakej jurugambar perkahwinan 2013 dengan harga sangat berpatutan.  Gambar terbaru yang memang tak kacak semasa sesi gambar outdoor pengantin di taman tasik taiping.  Dah la.. tak kacak la kalau tulis entry yang tak masuk contest panjang-panjang macam orang lain. Ter... update pula blog ni. Kalau dah terbaca saya minta maaf sangat-sangat. 
Recent posts

Berpindah ke muktasim.com

Entry terakhir di sini (tapi tak tutup buat sementara) kerana telah un berpindah ke muktasim.com . Dalam hidup ini kita perlu sentiasa berubah kearah yang lebih baik. Mungkin agak selesa dengan blogspot sebelum ini tapi masih ada halangan dan batasan, jadi saya pilih untuk mencuba keluar dari kepompong ini.  Jangan segan untuk terjah blog baru saya dan yang mana ada listkan bloglist blog ini kalau rajin tukar la ke muktasim.com sebab saya akan aktif berbloging dengan domain baru ini. Tidak lagi di sini... Selamat tinggal blogspot... 

Kelebihan Sabun Beras

Pernah dengar tak sabun beras? mungkin ada yang tidak pernah tahu berkaitan sabun beras ni, saya pun sebelum ni dengar macam tu ja. Ini yang saya peroleh dari lawatan sambil belajar ke Muzium Padi semalam.  Beli la juga 1 untuk cuba. Tapi belum cuba lagi la. Tak tahu la kesan dia macam mana, tapi murah sangat la kalau nak banding dengan set pencuci muka yang berjenama.

Apa itu HYIP ?

Pernah tahu mengenai HYIP? hari ini saya nak kongsi panduan HYIP yang saya baca di forum berkaitan. Baca dan faham baru fikir untuk terjebak dengan HYIP ataupun tidak.. :) HYIP atau High Yield Investment Programme atau Program Pelaburan Pulangan Tinggi merupakan program pelaburan yang tumbuh dan berkembang pesat terutama di internet. Perkembangan HYIP di internet sendiri baru dirasakan sekitar tahun 2003 - 2004 dan mulai tahun 2005 telah berkembang pesat dan ada juga orang Malaysia yang menganjurkan program sebegini.  Banyak juga HYIP yang waktu ini dibuat dengan tujuan untuk menipu terutama kepada mereka yang belum faham tentang risiko dan bahayanya pelaburan di HYIP. HYIP banyak yang menerapkan “Ponzi Scheme” iaitu sistem dimana orang yang menyertai program awal memperolehi profit dari orang yang masuk kemudian, dan apabila sudah tidak ada yang menyertai atau yang menyertainya berkurangan, maka program tersebut akan ditutup (scam).Kebanyakan HYIP menggunakan matawang internet (e-cur

Bertukar ke Wordpress

Makin hari makin kuat semangat nak bertukar ke Wordpress , tapi hati kena kental nak tinggal blog PR 2 yang dah berjaya capai sasaran keyword (tujuan asal pembinaan blog ini) di firstpage google. Jadi saya nak minta pandangan dari rakan-rakan blogger adakah perlu saya convert blog ini kepada wordpress atau saya mulakan dengan blog baru? Serba salah nak buat keputusan.  Jom layan hasil gambar terbaru dari kamera D90 dengan lens 24mm f2.8 (manual fokus). Saya suka DOF gambar ni tetapi color asal yang keluar dari kemera tidak begitu cantik. Ini selepas mendapat olahan digital dari format RAW. Jom belajar dari ebook percuma fotografi .  Mungkin rakan-rakan blogger boleh juga cadangkan hosting yang paling sesuai utk blogger macam saya ni..

Pelumba moto 3 bawa penumpang misteri

Asyik tajuk sirius ja, kali ni bagi gempak sikit. Siapa pelumba moto 3 yang di maksudkan? yang pasti bukanlah pelumba muda Zulfahmi yang mendapat podium di persaingan moto 3 Sepang minggu lalu. Pelumba yang saya maksudkan adalah Damia Maisarah anak saya yang bakal genap 2 tahun 31 oktober 2012. Gambar ini di ambil oleh isteri saya pada petang hari raya aidiladha. Rasa cepat ja Damia Maisarah dah besar. Dah pandai cakap, nak bercakap ja. Umur ni memang budak suka mengulang apa yang di cakap walaupun kita dah iakan apa yang dia cakap. Seronok tgk telatah Damia Maisarah yang sedang membesar ni, cuma berat ja tak naik. Ada gaya pelumba motoGP tak? hehe.. 

Selamat Menyambut Aidiladha

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidiladha dengan lafaz yang diajar Nabi s.a.w "TaQaballahu Minna Waminkum" yang bermaksud semoga Allah menerima amalan kita semua . Sunnah untuk kita memperbanyakkan TAKBIR bermula hari ini sehingga 13 Zulhijjah / 29 Okt 2012. Bertakbir dengan penuh gembira dan SEMANGAT bukan dengan nada yang SEDIH. (di copy dari sahabat di facebook)