Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2012

Eyriqazz vs Denaihati

Eyriqazz vs Denaihati siapa lagi hebat? nak menilai kehebatan kedua-dua blog dari segi apa? Saya yaki hampir semua blogger-blogger di negara ini kenal kedua-dua nama besar ini. Tapi kenal tak pemiliknya? saya sendiri tidak kenal mereka cuma kenal blog mereka sahaja. Saya pernah menyertai contest dari kedua-dua blog ini dan alhamdulillah pernah memenanginya. Blog Denaihati memang terkenal dengan tag line Hidupkan Untuk Memberi tidak perlu di perkenalkan lagi contest-contest yang pernah di anjurkan malah melibatkan hadiah yang cukup lumayan. Jom lihat apa yang pernah saya peroleh dari blog Denaihati di SINI . Eyriqazz juga banyak menganjurkan contest dan saya telah join 2 dari contest yg pernah di anjurkan iaitu Contest Banner Eyriqazz dan My Pink Moment . Untuk contest banner dapat hadiah saguhati.  Jadi  Eyriqazz vs Denaihati siapa yang patut memang? Pada saya kedua-duanya sama hebat dan kalau boleh saya mahu menjadi insan hebat seperti mereka berdua. Saya juga yakin  Ey...

Gangnam Style terbaik Malaysia

Baru sedar ada budaya baru ( gangnam style )  pula sekarang ni, tapi best plak layan gangnam style ni. Buka youtube hari ini jumpa clip video raya yang sangat meriah. Memang tabik la semua ahli keluarga ni. Semua sporting habis. Video dan editing pun best. Kepada yang tak layan lagi mesti kena layan ni. PM pun layan juga Gangnam Style . Fenomena baru. Benda macam ni kalau di fikir dan di buat jadi positif maka positif la ia, tapi kalau di buat jadi negetif maka negetif la ia. 

10 entri terbaik Denaihati

Denaihati? tak perlu saya kenalkan antara blog terbaik di negara ini. Blog yang banyak memberi, dan merupakan idola ramai blogger di Malaysia ini termasuk saya sendiri. Hari ini saya nak kongsi 10 entri terbaik di blog Denaihati (pada pandangan saya) sepanjang saya menjadi blogger dalam ketagori BLOGGING ( tips-tips penting yang banyak saya ikut dalam memantapkan SEO blog ini ). Perlu Ke Update Blog Dengan Terlalu Kerap? - entry ini ada kaitan dengan SEO yang menjadi kepentingan saya menulis blog ini. Jelas kenapa perlu rajin mengupdate blog. Saya nampak kesanya selepas beberapa minggu tidak mengupdate blog. Jumlah trafik bukanlah sasaran utama saya tapi beberapa 'keyword' penting yang saya mahukan berada di puncak google sudah mula terjejas akibat kurang update berbanding dahulu. Contest SEO faedah kepada penganjur dan peserta - Entry ini juga sangat baik, menerangkan cara mudah memperoleh backlink yang kuat dari blog-blog yang mempunyai Page Rank tinggi yang berfungsi mema...

Belanjawan 2013

Nampak gayanya dah tidak lama lagi belanjawan 2013 malaysia akan di bentang. Sebulan dari sekarang kita rakyat Malaysia bakal mendengar pembentangan belanjawan yang paling menguntungkan rakyat (pada pandangan saya) kerana PRU 13 yang masih menjadi tanda tanya. Yang pasti PRU 13 mesti di lakukan sebelum pertengahan tahun 2013. Inilah antara kelebihan kepada rakyat akibat dari persaingan yang nampak begitu sengit antara BN dan PR. Pihak yang menang akan berusaha untuk kekalkan kemengan dan pihak yang satu lagi akan berusaha juga untuk memenangi hati rakyat bagi mengambil alih Putrajaya. Dalam usaha mereka ini Rakyat yang akan mendapat keuntungan.  Banyak pandangan dan khabar angin berkaitan belanjawan 2013 yang akan berlansung pada 28 September 2012 ini. Antaranya menaikkan lagi gaji kakitangan awam yang tidak selari dengan kenaikan harga rumah. Begitu juga dengan pekerja swasta yang telah pun diumukan sebelum ini mengenai gaji minimum mungkin akan di naikkan lagi. Pemberian BR1M ...

Cek pertama dari nuffnang

Alhamdulillah setelah lebih setahun menjadi blogger, baru merasa hasil dari nuffnang, walaupun tak banyak tapi memberi semangat untuk terus menulis. Memang berat bila dah lama berhenti menulis, tapi semangat dari rakan blogger dan penerimaan cek dari nuffnang ini memberi semangat kepada saya.  Memang sengaja saya tunggu genap setahun untuk cash out dari nuffnag, tapi tak banyak mana. Yang penting cukup untuk saya beralih arah menggunakan domain dan hosting sendiri di wordpress. Sekarang ini pun saya dah mula di wordpress bagi tujuan latihan. Insyallah bulan Disember ini saya akan bermula dengan domain baru tetapi blog ini tetap berjalan seperti biasa kerana saya tidak cukup yakin memperoleh PR yang lebih tinggi dengan domain baru.  Jumlah yang saya terima ini masih jauh dari apa yang pernah saya terima dari blog Denaihati . Tapi ianya tetap satu kepuasan. Insyllah tahun hadapan saya akan berjaya cash out google adsanse pula. Sebenarnya nuffnang dan adsanse bukanlah faktor utam...