Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2012

Tempahan Biskut Raya Online 2012

Sekejap sahaja dah nak masuk bulan Jun. Bulan puasa dah tak lama lagi maka ramai juga la yang membuat persiapan awal menyambut hari raya antaranya ada yang telah membeli baju raya (saya dan keluarga dah beli kain yang sama untuk hari raya ni) dan tak ketingalan biskut raya .  Saya lihat ramai yang telah membuat tempahan awal terutamanya kepada pembekal biskut raya yang terkenal takut-takut tak sempat atau tempahan ditutup. Untuk menjaga kualiti biasanya pembuat biskut raya akan membuat kuih tersebut sendiri jadi tempahan yang boleh dibuat terpaksa dihadkan dan harganya pasti mahal. Tetapi ada juga yang tidak pentingkan kualiti dan hanya mahu mendapatkan keuntungan semata-mata. Inilah kelemahan penjualan produk makanan secara online, tidak boleh rasa sebelum membeli.  Hari ini saya nak 'promote' tempahan biskut raya online yang dibuat oleh rakan saya. Sejujurnya saya sendiri tidak pernah mencuba (saya pun baru nak buat tempahan), tetapi harganya sangat berpatutan.  Bole...

Kuasa SEO

Akhirnya genap 1 minggu tak update blog akibat terlalu sibuk. Tugasan PJJ, semak kertas peperiksaan pertengahan tahun dan pindah barang dari rumah sewa ke rumah baru. Bukan setakat tulis blog edit custom album pun dah tak sempat tambah-tambah photoshop cs5 yang saya install sebelum ni dah expired.  Bila dah tak update, tak ping blog, kurang blogwalking maka kurang la trafik ke blog ni yang ada hanyalah dari search engine. Jadi dari sini saya dapat nilai kekuatan SEO blog saya. Memang lemah, blog ini telah ada 422 entry tetapi tak semuanya berkualiti. Jadi untuk memastikan kestabilan trafik ke blog ini saya perlu ada lebih banyak entry dengan pelbagai info dan keyword. Seperti yang saya pernah tulis dulu, saya akan cari keyword yang kurang persaingan supaya mudah berada di atas. Bila dah kurang persaingan bermakna kuranglah cariannya. Tapi saya berpegang biar kecil asalkan berhasil.  Berikut merupakan 10 keyword yang mendapat perhatian sepanjang bulan Mei 2012 (rujukan nuffnan...

Motivasi

Motivasi ? ada manusia yang mampu memotivasi diri sendiri tapi ada yang perlu mendapt motivasi dari orang lain. Ada juga yang perlukan motivasi untuk lakukan sesuatu setiap hari dan ada yang tidak perlukan motivasi kerana ada disiplin diri yang kuat. Siapa motivator anda? Ada ramai motivator yang hebat di negara kita ini. Saya jenis yang perlukan motivasi untuk selesaikan sesuatu kerja kerana saya bukan jenis yang berdisiplin.  Saya yakin ramai orang yang nak jadi kaya dan bahagia tapi tak tahu caranya. Jadi hari ini saya kongsikan satu prinsip yang mudah dan juga boleh dijadikan motivasi untuk kita berjaya.  "Jika kita bekerja, berniaga, jadi surirumah, belajar kerana kita HENDAK atau NAK gaji, nak Pangkat, Nak Kaya.... Kita akan semakin tertekan kerana kita tidak akan dapat apa yang kita NAK..... Sebenarnya kita hanya akan dapat apa yang kita BERI.... The Power of Giving. Apa yang kita berilah yang kita akan dapat. Apa yang kita dan berapa ramai yang kita boleh BERI menen...

Semak kenaikan pangkat guru 2012

Ramai yang terus mencari berita mengenai kenaikan pangkat ini. Saya menonton secara lansung perutusan hari guru oleh Menteri Pendidikan Malaysia semalam dan tidak ada apa-apa yang baru melaikan apa yang telah di umukan oleh Perdana Menteri semasa belanjawan 2012 . Namun begitu berita TV dan akhbar menceritakan seperti ianya baru di umukan semalam. Saya yakin guru tidak pernah mengharapkan kenaikan pangkat atau kenaikan gaji sempena hari guru, mereka akan terus berkhidmat tanpa rasa jemu demi anak-anak didik mereka.  Saya sangat terkilan dengan media yang dilihat cuba mengaburi mata rakyat. Ramai rakan-rakan, mak sedara, pak sedara cakap "untung ye cikgu dapat macam-macam" sedangkan benda tu dah pun diberi, cuma di ulang cakap oleh TPM semasa ucapanya.  Apa-apa pun tahniah kepada rakan-rakan guru yang mendapat kenaikan pangkat seperti mana yang telah diumukan oleh PM semasa belanjawan 2012 tahun lalu. Saya ada 3 tahun lagi untuk merasa kenaikan pangkat . Kepada guru-guru yang...

Wordless Wednesday #25 ada rupa artis tak?

Ada iras2 artis tak? nantikan entry penuh majlis pernikahan dan persandingan mereka, insyallah dalam masa terdekat. Jurugambar perkahwinan penang merupakan keyword yang saya sedang usahakan untuk berada di page utama search engine. 

Perutusan Hari Guru 2012

Saya ambil kesempatan hari ini untuk ucapkan TERIMA KASIH tak terhingga kepada semua yang pernah mengajar saya walaupun satu huruf, kamulah cikgu saya dan saya akan kenang jasa kamu sampai bila-bila. Sempena hari guru yang di sambut 16 Mei setiap tahun, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan menganjurkan sambutan hari guru peringkat kebangsaan bagi memberi penghargaan kepada tokoh-tokoh guru yang banyak menabur bakti kepada Agama, Bangsa dan Negara.  Bagi tahun 2012 sambutan hari guru peringkat kebangsaan di adakan di Kuala Kangsar, Perak. Walaupun tidak ada berita yang mengembirakan seperti 2010 dan 2011 saya yakin guru-guru tidak pernah berhenti memberi yang terbaik kepada para pelajarnya.  Lagu ni bersesuaian dengan sambutan Hari Guru 'Terima Kasih Cikgu' nyayian Najwa Latiff Feat Upin dan Ipin. Boleh download dan baca Perutusan hari guru 2012 oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia di SINI . Teringat kembali 7 tahun yang lalu tahun Sambutan Hari Guru Peringkatan Kebangs...

Jurugambar Perkahwinan Penang

Dah lama sangat tak menulis berkaitan jurugambar perkahwinan yang saya nampak kian hari saya semakin sibuk dengan tugasan hakiki. Kalau dahulunya jurugambar perkahwinan berada di tangga ke tiga dalam keutamaan tapi sekarang telah jatuh ke tangga yang ke empat dan menulis blog menjadi perkara ke lima. Semua ini bermula apabila saya sambung belajar dalam Program Pensiswazahan Guru (PPG) PJJ UPSI tahun lepas.  Keluarga ibarat bola kaca yang perlu dijaga sepenuhnya supaya tidak jatuh ke lantai, kerana jika jatuh ia akan pecah, manakala pekerjaan (sebagai guru), belajar (PPG PJJ UPSI), jurugambar perkahwinan dan menulis blog boleh diibaratkan sebagai bola getah yang apabila jatuh dia boleh melantun semula dan ada masanya melantun lebih tinggi dari sebelumnya.  Hari ini saya nak kongsi gambar-gamabr perkahwinan yang dah lama saya tak kongsikan di blog, saya banyak kogsikan di fanpage FB  sudi-sudi la terjah untuk lihat koleksi gambar-gambar perkahwinan yang saya kongsikan. ...

Tarikh PRU13

Saya yakin ramai yang menantikan tarikh PRU13 di umumkan Perdana Menteri tetapi sebelum itu parlimen perlu di bubarkan. Jom lihat video ini. Jangan marah ye, sekadar hiburan. Tapi ada juga yang ambil sirius. Dah tak lama dah, paling lewat April tahun 2013. Jadi yang dah boleh mengundi jangan lupa tunaikan TANGUNGJAWAB sebagai pengundi.

Laksa Penang ke 7 tersedap di Dunia

Dah lama baca artikel ni, cuma hari ini rasa nak kongsi dengan rakan-rakan blogger (tujuan utama nak simpan dalam blog supaya mudah di cari) kerana isteri dan adik saya merupakan pengemar Laksa dan saya pula anak jati Pulau Pinang. Tak sangka pula laksa boleh tersenarai di antara makanan yang paling sedap di dunia sebab saya memang tak berapa suka makan laksa. Bangga saya sebagai anak jati Pulau Pinang bila 'Penang asam laksa, Malaysia' yang tersenarai antara 50 makanan tersedap mengikut ranking dikeluarkan oleh CNN. Jom tengok senarai dari 50 hingga 1 makanan paling sedap di dunia. 50. Buttered popcorn, United States 49. Masala dosa, India 48. Potato chips, United States 47. Seafood paella, Spain 46. Som tam, Thailand 45. Chicken rice, Singapore 44. Poutine, Canada 43. Tacos, Mexico 42. Buttered toast with Marmite, Britain 41. Stinky tofu, Southeast Asia 40. Marzipan, Germany 39. Ketchup, United States 38. French toast, Hong Kong 37. Chicken parm, Australia 36. Texas barbecue ...

Tutorial Photoshop : Hilangkan subjek dan dapat latar belakang asal

Sebenarnya dah lama benda ni, cuma mungkin ramai yang tidak tahu kehebatan photoshop CS5 dan sekarang dah keluar photoshop CS6 yang pasti lebih hebat dan bijak dari CS5. Jom lihat gambar dibawah. (klik pada gambar untuk paparan lebih jelas) 1. Pilih 'spot healing brush tool' di tools sebelah kiri 2. Pilih saiz yang bersesuaian untuk subjek yang hendak dipadam dan pilih subjek yang hendak dipadam seperti gambar di bawah.  3. Kebijaksanaan photoshop cs5 akan mengembalikan semula latar belakang yang hampir sama dengan yang sepatutnya. Kemudian boleh teruskan dengan membuang kesan bayang. 4. Hasil selepas di lakukan beberapa editting lain untuk menaikkan detail gambar.  Sudi-sudi untuk melihat pakej jurugambar perkahwinan yang kami sediakan. Pakej murah dan berpatutan. Insyallah ada kelapangan saya akan berkongsi lagi tutorial mudah photoshop di blog ini. Saya sendiri masih banyak perlu belajar. Kalau ada salah dan silap di minta tegur.

Video 3D Pre Wedding Scha dan Awal terbaik dari CS

Memang terpegun tengok video ni. Siap dengan 3D lagi. Memang tabik habis la dengan Saiful Nang dan semua crew Candid syndrome yang lain. Saiful Nang memang layak menjadi idola jurugambar perkahwinan di negara ni. Saya memang suka sikap profesional dan suka berkongsi beliau.

Sertai program yang baik walaupun di anjur bukan Islam

Ini jawapan dari ustaz asri. Sama-sama kita fikirkan mana yang baik mana yang buruk. Saya suka ustaz Asri kerana pandangan politik beliau bebas dan tidak menyebelahi mana-mana parti politik.

Gambar hari kokurikulum SMKRTU 2012

Semalam dah upload gambar msspp bola baling zon Balik Pulau yang berlansung di SMKRTU dan hari ini nak kongsi gambar hari Kokurikulum di SMKRTU bagi tahun 2012 pula. Cuma tak ada gambar di gerai jualan kerana saya sibuk mengendalikan pertandingan kawad kaki. Boleh juga layan gambar hari kokurikulum smkrtu 2011

Gambar MSSPP Bola Baling Zon Balik Pulau 2012

Kongsi gambar ja untuk hari ini.. Dah lama sangat menyepi dari dunia blog. Memang banyak sangat kerja minggu lepas dan hari-hari mendatang ni. Harap saya akan dapat bertahan dan mampu bahagikan masa sebaiknya. Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.